Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 25 June 2014

Adakah Agama Itu Adalah Politik?


Dalam bahasa Arab politik disebutkan sebagai siyasah. Perkataan politik ini digunakan oleh baginda Nabi ketika menjelaskan tentang Bani Israil. Kata Nabi,

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya).” (riwayat Bukhari & Muslim)

Oleh itu politik atau siyasah bermaksud pentadbiran dan pengurusan. Sudah semestinya kesempurnaan Islam mencakup urusan pentadbiran dan pengurusan. Wahyu Al-Qur’an, sunnah Nabi, strategi dakwah dan kesabaran Nabi dalam menyampaikan dakwah, peristiwa hijrah dan perjanjian Nabi dengan kaum kuffar, semua itu termasuk dalam politik kerana ia terkait dengan pantadbiran dan pengurusan.

Politik sebegini termasuk dalam ertikata pentadbiran dan pengurusan. Nabi kita adalah seorang pentadbir dan memiliki sistem pengurusan yang terbaik. Tidak sedikit dari kalangan orang Islam yang lebih mengagungkan teori pengurusan Barat seperti Steven Covey dengan ‘7 Habits of Highly Effective People’. Walhal Allah telah mewahyukan lebih dari daripada itu akan sifat dan akhlak mulia untuk menjadin manusia yang efektif. Itu adalah politik dalam Islam.

Politik Ideal dan Politik Semasa

Akan tetapi berbeza dengan situasi hari ini, definisi politik sudah dicemari dengan hal-hal lain yang bahkan tidak menyangkut urusan pentadbiran dan pengurusan. Tidak sedikit ahli politik yang beragama Islam menggunakan institusi agama seperti masjid dengan bertekak, berbalah dan memaki-hamun orang lain. Ada juga yang suka membuat tuduhan dusta/ fitnah, menjaja ayat-ayat Allah dengan tafsiran yang salah. Ini bukanlah citra politik Islam yang ideal.

Politik Islam menjadikan Al-Qur’an dan hadis sebagai dasar dan panduan. Mentafsir Al-Qur’an punya metologinya tersendiri. Tidak memadai dengan melihat mushaf / teks dan terjemahan semata-mata. Beberapa perkara perlu dinilai sebelum dapat menafsirkan Al-Qur’an dengan cara yang benar.

Antaranya ialah sebab turun ayat ‘asbab nuzul’ apa penjelasan Nabi Muhammad sendiri selaku utusan Allah yang melaluinya Al-Qur’an diturunkan. Begitu juga pendapat dan padangan sahabat-sahabat Nabi radhiallahuanhum ajmain tentang ayat-ayat Al-Qur’an, seterusnya tafsiran tabi’in, yakni anak murid sahabat Nabi, tabi’ tabi’in dan ulama’ tafsir yang muktabar tentang ayat tersebut.

Memahami Al-Qur’an tidak boleh dibuat sesuka hati. Jika tidak maka berlakulah seperti apa yang terjadi kepada Cikgu Kahar yang mengaku menjadi Rasul bagi Melayu. Cikgu Kahar itu mendakwa diri menjadi Rasul dengan menggunakan ayat Al-Qur’an dari Surah Yasin dan Surah Ibrahim.

Adakah dengan semata-mata memetik ayat al-Qur’an tanpa melihat kepada tafsiran dan penjelasan yang benar menjamin seseorang itu berada di pihak yang benar. Sekali lagi, ia perlu kembali kepada metodolgi yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian tidak semua hal dalam politik yang berlaku hari ini boleh dikaitkan dengan politik yang dimaksudkan oleh Al-Qur’an. Namun untuk menyatakan secara umum dan pukal bahawa politik yang difahami dan dilaksanakan hari ini itu sesuai dengan al-Qur’an, maka ia perlu diperhalusi semula.

Slogan-slogan seperti ‘agama itu adalah politik’ perlu dinilai semula. Adakah kita membawa syurga dan neraka lalu ‘dijual’ kepada pengundi. Pangkah ini masuk syurga, pangkah itu masuk neraka. Fitnah-menfitnah saling berlaku di kedua-dua belah pihak baik pembangkang dan lawannya.

Orang-orang agama perlu menjelaskan hal yang hak pada kedua-dua belah pihak. Tidak boleh hanya bercakap untuk menjaga hati dan membuat pendengar berasa selesa ‘comfort zone’. Mahu diperdengarkan perkara yang betul dan baik-baik sahaja. Ini kaedah yang salah.

Jika tidak apa gunanya nasihat, agama itu nasihat seperti yang disebutkan oleh Nabi dalam hadis.

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (riwayat Muslim, no 55 & 95)

Apa kata ulama tentang makna nasihat? Para ulama’ menjelaskan maksud nasihat ialah , ‘menginginkan kebaikan bagi orang yang disampaikan nasihat’. Kita mahu semua jadi baik, semua rasa aman dan sejahtera. Jadi untuk kita katakan secara mutlak bahawa politik itu adalah al-Qur’an maka kenyataan itu salah.

Sumber: Ilmuanmalaysia.com

Jadi persoalannya sekarang, APAKAH ISLAM ITU POLITIK DAN POLITIK ITU ISLAM? Dan APA ITU ISLAM SEBENARNYA? Apakah pandangan Nik Aziz dulu mengatakan Islam adalah politik itu BENAR? Apa pandangan semua. Soalan ini aku tujukan pada semua terutama kepada penyokong PAS.

https://www.facebook.com/groups/1374407939469815/permalink/1467953703448571/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...