Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 June 2014

APA YANG ORANG DULU MINTA DARI WAKIL RAKYAT MEREKA?



Saya mendengar seorang bekas Wakil Rakyat di kawasan saya bercerita tentang politik di zamannya, sekitar tahun 1980-an.

"Anak.. Masyarakat zaman dulu dengan sekarang sangat berbeza. Dulu, apabila kita turun ke satu kampung, orang ramai akan tunjuk jalan berlubang, balai raya yang rosak.. Tetapi sekarang dah lain..", katanya.

"Apa yang lain, Dato'?", saya bertanya.

"Zaman sekarang, apabila Wakil Rakyat turun ke sebuah kawasan bertemu masyarakat. Kebanyakan daripada mereka akan menunjukkan bumbung rumah sendiri yang bocor, jalan masuk ke rumahnya (sepatutnya menjadi jagaan peribadi) diminta untuk diturap tar. Hidup susah makan tak cukup sedangkan segalanya serba lengkap".

"Masyarakat zaman sekarang lebih mementingkan hal peribadi daripada hal masyarakat atau kepentingan umum".

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Adun itu. Jika dibandingkan kehidupan orang zaman dulu dengan sekarang, orang dulu lebih susah. Tiada kenderaan yang baik, alat telekomunikasi terbatas, peluang pendidikan tidak meluas. Tetapi mengapa masyarakat zaman itu boleh hidup aman sentosa?

Saya masih ingat semasa saya kecil-kecil dahulu, orang kampung tidaklah kaya sangat. Rumah pun semua rumah kayu sahaja. Tetapi meriah dengan aktiviti kampung yang sangat mengujakan. Kumpulan tarian, kumpulan kompang, belajar menjahit bagi si dara, membuat kuih bagi si ibu, kumpulan rewang (gotong-royong) bagi si bapa, dan bersilat bagi pemuda.

Peruntukan Wakil Rakyat ketika itu lebih kepada pembinaan infrastuktur awam seperti balai raya, pembelian mesin jahit untuk kegunaan Perkumpulan Perempuan, dana buka gelanggang silat dan sukan serta pembelian kompang. Mudah cerita, banyak untuk kegunaan masyarakat dan hak milik bersama.

Jarang sekali orang dulu meminta-minta untuk kepentingan peribadi walaupun lebih miskin daripada orang miskin di zaman moden.

Kini, apa yang didengar daripada segelintir masyarakat (bagi saya adalah majoriti) adalah permintaan menjaga perut masing-masing. 

Kerana itulah masyarakat kita lebih terpikat dengan tawaran yang dibuat oleh parti politik mana yang boleh memberikan LEBIH kepada mereka. 

Petrol turun harga? Wahhh..

Harga kenderaan lebih murah? Gempak..

Pendidikan percuma? Cayalah..

Tol hapus? Muah-muah..

Jika saya, sebagai contoh menawarkan setiap daripada rakyat Malaysia akan menerima sebuah kereta Proton Preve jika saya menang, pasti saya akan menjadi POPULAR untuk mendapat sokongan dalam Pilihanraya. Kerana segelintir manusia di zaman ini suka dengan Tawaran Gempak itu walaupun kadang kala tak masuk akal dan akan menjejaskan ekonomi negara.

Kita perlu menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Perangai meminta untuk kepentingan peribadi semata-mata akan memusnahkan negara sedikit demi sedikit. Juga akan menyebabkan hal-hal berkaitan kepentingan umum kurang diambil kira.

Kadang kala, orang yang betul-betul susah dan memerlukan TIDAK pula memohon bantuan, orang yang tak sepatutnya pula melebih-lebih.

Perangai seperti ini menjurus kepada tiada jati diri dan mudah dibeli. Kita perlu bersifat patriotik dan mendahulukan kepentingan masyarakat.

Mulakan dari diri kita sebagai akar negara (rakyat), agar pucuk (pemimpin) akan sedar untuk lebih bertanggungjawab dan pokok (negara) menjadi LEBIH SIHAT.

------------------------------

(Gambar Hiasan : Allahyarham Tun Razak seorang pemimpin yang disenangi rakyat)

--Jamal Rafaie--

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=252112671649432&set=a.182165691977464.1073741828.181500092044024&type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...