Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 8 June 2014

Bila hati sudah tertutup

(Berita Harian 8 Jun 2014) 

Kajian selama eksperimen selama 6 bulan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid (2013), pensyarah dari Universiti Malaya membuktikan bahawa kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat Antarabangsa yang jawatan pentingnya dikuasai oleh kaum Cina di negara ini.

Mulanya saya ragu dengan kajian ini. Maklumlah takut diserang. Saya mengambil inisiatif menelefon pengkaji tersebut untuk memastikannya. Alhamdulillah, kajian ini ternyata benar. 

Menurut pensyarah tersebut, kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat Cina yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil dengan kelayakan serupa yang dihantar.
Ternyata di sini, wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan Cina. Kajian mendapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % dan 4.8% untuk graduan Melayu.

Bagi syarikat Antarabangsa yang dipegang jawatan tinggi oleh kaum Cina menunjukkan, 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga. Manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Walau bagaimanapun, penemuan mereka turut menunjukkan syarikat Cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”. 

Menurut Dr Lee, kajian ini tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan Melayu, akan menjadikan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina. 

Persoalan saya, adakah keputusan kajian ini tidak rasis? Siapakah yang lebih terbuka? Siapakah yang lebih rasis? Kajian ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini benar. Peliknya, kenapa seringkali saya dijadikan sasaran dan kutukan? Ohhh bangsaku!

Saya amat mengharapkan kajian ini dapat membuka mata orang bukan Melayu. Alasan yang mengatakan orang Melayu tidak dipanggil kerana mereka sudah ramai berkhidmat dalam sektor awam amat tidak realistik dan sukar untuk diterima. 

Hari ini, sektor awam telah dibuka seluas-luasnya. Sehinggakan pengambilan jawatan konstabel polis tidak memerlukan bukan Melayu mendapat kredit dalam Bahasa Melayu (SPM) untuk melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Lagipun, memang sudah menjadi sifat orang Cina tidak mahu bekerja dengan sektor awam disebabkan oleh pakej gaji yang tidak menarik (rendah). 

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya rujuk dalam penulisan saya. Saya tidak melabelkan semua orang Cina. Tetapi kepada mereka yang bersifat sebegini. Saya petik kata-kata saudara Faiz Naaman yang selalu dikecam kerana bersetuju dengan idea saya. 

“Saya anti Cina? Anti SEMUA bangsa itu? Seriously? Jika saya kritik Cina atau apa bangsa pun saya akan cuba spesifik kepada kelompok subset dalam golongan itu. Contohnya apabila saya sebut Cina Kafir (yang cenderung kepada Harbi), bermakna Cina jenis itu sahajalah yang saya kecam, bukan Cina jenis lain seperti Cina Muslim atau Cina Kafir Zimmi. Mereka yang sudah lama berada dalam akaun FB saya ini biasanya sudah faham dengan prinsip saya apabila mengkritik terutama apabila menyentuh golongan Cina Kafir Harbi, Cauvinis dan apa yang selalu disebut oleh Prof Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai ULTRA KIASU ini. 

Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.

Kata-kata ini ada kaitan dengan surat yang dituju kepada saya dan  Abdullah Zaik (Isma) oleh saudara Shamil Norshidi, presiden Kelab Umno US East Coast, tanggal 15 Mei 2014, yang disiarkan laman web ultra kiasu. 

Tanpa usul periksa dan mengenali saya, Shamil menyerang dengan  memetik kenyataan Gretchen Rubin dalam bukunya, The Happiness Project. Pada beliau, apa yang di negara kita hari ini sudah cukup cantik. Tidak perlu ada orang seperti saya atau Isma yang sentiasa memberikan kritikan dan pandangan. 

Saya minta beliau baca kajian ini. Nasihat saya, baliklah ke Malaysia, belajar adat budaya dan cara hidup di sini. Jangan terlalu obses dengan cara hidup barat. Sekadar mengambil kata-kata Rubin, tidak cukup kalau tidak ada input-input Islam dan sejarah Tanah Melayu. 

Memang tidak dinafikan ramai orang memusuhi penulisan saya. Bak kata Winston Churchill pernah berkata, "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Saya tidak bercakap kosong, tetapi ada faktanya. Bayangkan setelah sekian lama tinggal di negara tercinta ini, masih ramai yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, apatah lagi untuk memahaminya. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Apakah saranan saya agar orang sebegini mencari tempat lain itu salah? Buatlah kajian. Anak muda jangan terlalu emosi. Inilah juga masalah dalam Umno, kurang tarbiyyah ruhiyyah. 

Beliau begitu marah bila saya membangkit soal lambakan rumah ibadat. Fahami maksud adil dalam perspektif barat dan Islam. Adil bukan seorang sebiji tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malaysia adalah seadil-adil negara apabila membenarkan begitu banyak rumah ibadat orang bukan Islam berbanding agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita bising apabila masjid dirobohkan bagi tujuan pembangunan, berbanding orang lain?

Beliau juga memetik kata-kata Muhammad Ali,: “Rivers, ponds, lakes and streams - they all have different names, but they all contain water. Just as religions do - they all contain truths.” Kata-kata ini boleh dipetik dalam konteks. Tetapi dalam menganalisis politik Malaysia, kata-kata tidak sesuai wahai adikku Shamil.

Memang kita ada nama-nama yang berlainan. Tetapi rasa air itu juga berlainan. Air sungai, lombong, tasik, dan air terjun, walaupun mengandungi nama iaitu AIR, tetapi sumber airnya dan kandungan mineralnya berbeza. Perbezaan ini perlu difahami asal-usulnya. 

Memang kita mahukan persamaan, baharulah wujud 1Malaysia. Tetapi persamaan itu hendaklah berpandukan kepada agama dan sejarah budaya sesuatu bangsa. Pada saya, presiden Kelab Umno US East Coast ini perlu banyak lagi belajar sejarah Melayu dan sejarah agama Islam yang suci ini. Barulah pintu hati tidak tertutup. 

Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

http://ridhuantee.blogspot.com/2014/06/bila-hati-sudah-tertutup.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...