Satu ketika sewaktu mula menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
(sekarang Tun) telah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dua negara menjadi fokus PM iaitu Jepun dan Korea.
Sejak itu kita tahu, salah satu sebab mengapa Tun M melaksanakan dasar ini ialah kerana kehebatan sikap, budaya dan disiplin tinggi rakyat kedua dua negara tersebut.
Sejak awal tahun 2000 hingga sekarang, satu lagi kekuatan Korea dapat kita kesan. Keupayaan mereka merentasi semua negara untuk memperkenalkan industri seni mereka. Tiada yang terkecuali sehingga mereka hakikatnya telah mengalahkan Hollywood dan Bollywood.
Satu perkara yang kurang diberi perhatian barangkali, Islam sedang mekar berkembang di Korea. Antara bintang Korea yang beragama Islam adalah yang aku letakkan gambar mereka di bawah ini...
Jung ll Woo
Jang Geun Suk
Han Ga In
Lee Ki Woo
Lee Woon Jae
Demikianlah kehebatan Islam. Tiada sempadan. Demikian jugak jika ALLAH mahu berikan hidayah, di manapun ia akan sampai. Pesanan kepada pejuang pejuang Islam di tanah air , kalau setakat bertempik di pentas ceramah, sebenarnya tak ada boleh dibanggakan. Da'i lain dah jumpa artis Korea dan Islamkan mereka. PAS pulak jumpa artis dah memang Islam, sesatkan mereka...
http://alahaisiluncai.blogspot.com/2014/06/bintang-tersohor-korea-yang-beragama.html
No comments:
Post a Comment