SHAH ALAM : Bukan mudah untuk berubah dan memuaskan hati semua orang. Itu yang harus dihadapi Felixia Yeap yang terus diasak supaya memadamkan gambar-gambar lamanya sepanjang berkecimpung dalam dunia peragaan.
Melalui status di laman sosial Facebook miliknya, bekas model Playboy itu yang telah tampil bertudung meminta masyarakat memberikannya waktu untuk berbuat demikian.
"Gambar-gambar lama itu saya akan delete, tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) ...kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu.
"Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam.
"Dan saya juga tidak dapat "private"kan disebabkan saya tidak asingkan gambar2 saya dan dalam "page" Facebook, tidak ada pilihan untuk 'private'kan satu-persatu gambar," demikian menurut beliau.
Walaupun perubahan yang dilakukan Felixia itu menerima sokongan ramai, namun di masa yang sama masih terdapat pihak-pihak yang cuba mendatangkan aib kepada beliau dengan menekan 'like' pada gambar-gambar seksinya sewaktu menjadi model majalah tersebut.
"Dan kalau boleh, pandanglah dari sudut yang positif...gambar2 lama saya sebenarnya cerita sebenar saya dari diri saya yang dahulu, sehingga ke perubahan saya hari ini, dan cerita itulah yang menjadi inspirasi kepada semua.
"Diminta janganlah 'like' gambar2 lama tu. Yang itu adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat," ujarnya lagi.
Felixia juga dikhabarkan kurang sihat selepas menerima tekanan dan desakan terhadap tindakan memadamkan gambar-gambar lamanya.
Untuk pengetahuan, Felixia yang kini aktif dengan peragaan muslimah dan berlakon akan memeluk Islam pada Ramadhan ini
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/felixia-minta-beri-waktu-padam-gambar.html
No comments:
Post a Comment