PENGKHIANAT NEGARA
Ada beberapa puak pemisah yang menuntut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Sayang sekali, ada di kalangan menteri juga yang berfikiran ekstrim sebegitu. Antara yang terkedepan ialah Jeffrey Kitingan dari Sabah. Dan tidak lupa juga kepada parti politik yang mengambil kesempatan di atas isu ini untuk memberi keuntungan kepada perjuangan mereka.
Kita kena sedar, usaha pemisahan ini merupakan sambungan kisah-kisah tragis perpecahan watan umat.
Antara malapetaka yang paling memalukan ialah pemisahan wilayah-wilayah di bawah Empayar Turki Uthmaniyyah. Armenia, Albania, Macedonia, Bulgaria, Turki, dan sebagainya. Semuanya mendapat 'kemerdekaan'. Tanah kita dirobek dan dicincang.
Sudan. Referendum dibuat di PBB, lalu memisahkan Selatan Sudan. Kemudian wilayah Darfur di sebelah Barat Sudan. Berjuta umat kita dibunuh dan dihalau menjadi pelarian.
Iraq. Jangan kita lupa campur tangan biadap ketenteraan Amerika, penyusupan Syiah dalam tampuk kepimpinan negara sehingga membawa kepada tekanan yang hebat kepada wilayah Kurdistan di utara Iraq. Kini Kurdistan diheret ke ambang pemisahan dari Iraq.
India. Dahulunya, bangsa India dipecahkan menjadi Pakistan di utara dan India di Selatan. Pakistan kemudiannya berpecah apabila wilayah Bengal menuntut 'kemerdekaan' membentuk Bangladesh. Kedua-dua Pakistan dan Bangladesh majoritinya ialah Muslim. Kini wujud pula puak pemisah (separatist movements) yang mahu mengeluarkan wilayah Sindhi dan Balochistan dari Pakistan.
Indonesia. Timor Leste berpisah dari Indonesia setelah dibuat referendum di PBB. Watan umat dirobek sedikit demi sedikit di nusantara.
Malaysia. Singapura yang dahulunya pernah mempunyai seorang raja Melayu kini sebuah negara yang asing.
Di saat Barat membentuk kesatuan-kesatuan (United States of America, European Union), kita ini dipercaturkan sehingga berpecah belah. Di sebalik perjuangan puak pemisah (separatist movement) ini, tidak dapat lari dari campurtangan kuasa luar yang rakus dan bias, hatta PBB.
Menuntut hak negeri masing-masing tidak salah, tetapi apabila ia pergi ke tuntutan yang ekstrim seperti perpisahan watan, puak pemisah (separatist movement) ini mesti dikenakan tindakan yang tegas dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
-Afiq Shazwan-
Sumber: FB Arus Baru
http://celahgelegar.blogspot.com/2014/06/hasut-sabah-sarawak-keluar-malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29
No comments:
Post a Comment