SHAH ALAM –Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.
The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.
Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.
Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.
Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.
Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.
Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.
Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.
"Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah terbang bersama Zaharie sebelum ini.
Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak.
Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.
Pada 15 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan mengenai syak wasangka kerajaan terhadap tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang.
Namun, pada 2 April, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat empat tumpuan utama, iaitu masalah iaitu peribadi dan psikologi serta sabotaj dan rampasan.
Ekoran itu, sepasukan penyiasat antarabangsa termasuk pakar kemalangan udara dari Britain, AS dan Perancis berusaha menyiasat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat tersebut.
Saudara-mara dan rakan-rakan juruterbang tersebut menegaskan mempertahankan beliau daripada sebarang spekulasi dan khabar angin itu.
"Dia mempunyai segala-galanya dalam hidup. Beliau adalah seorang lelaki periang, ceria, profesional lengkap yang akan tahu apa yang perlu dilakukan dalam krisis,” kata Nasir Osman, yang pernah bersekolah sama dengan Zaharie ketika di Pulau Pinang.
Sementara itu, anak perempuan Zaharie, Aishah, mengutuk spekulasi mengenai bapanya dan menyifatkannya sebagai ‘pembohongan’.
Manakala abang iparnya, Asuad Khan pula berkata, Zaharie sering bermain dengan cucunya
Asuad dalam sebuah program televisyen Australia berkata, dakwaan yang dilemparkan terhadap Zaharie mengenai kehidupan peribadi dan aktiviti-aktiviti profesional adalah tidak benar.
Asuad juga menafikan bahawa kapten itu boleh menjalankan misi membunuh diri dan mendakwa pihak berkuasa mungkin menggunakan Zaharie sebagai kambing hitam.
“Beginilah, jika mereka salahkan dia, saya akan berjuang. Saya tidak akan duduk diam.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/mh370-kapten-zaharie-kembali-menjadi.html
No comments:
Post a Comment