Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 June 2014

Permohonan Gereja Katolik Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Ditolak




PUTRAJAYA 23 Jun - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Katolik mengemukakan rayuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan melarang akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah dalam cetakannya.

Keputusan dibuat setelah empat daripada tujuh orang panel hakim menolak permohonan tersebut.

Barisan hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Permohonan dilakukan pihak gereja selepas Mahkamah Rayuan melarang akhbar tersebut menggunakan kalimah Allah bagi menterjemahkan God bagi akhbar mingguan edisi berbahasa Melayu.

Isu ini mula dibawa ke mahkamah pada Februari 2009 oleh Arcbishop Murphy Pakiam yang memohon semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai defendan.

Permohonan itu menuntut tujuh deklarasi lain termasuk hak  berperlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam The Herald, bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan ALLAH dalam The Herald dan bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguan itu.

Ia juga menuntut deklarasi bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa perkataan ALLAH bukan eksklusif kepada agama Islam. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/permohonan-gereja-katolik-cabar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...