Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 3 June 2014

Pertambahan jumlah undi Melayu bantu kemenangan Mah di Teluk Intan



SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) berjaya menambah undi kaum Melayu dengan jumlah ketara bagi membolehkan Datuk Mah Siew Keong merampas kembali kerusi Parlimen itu Teluk Intan dari DAP.

Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Datuk Azhar Jamaluddin berkata pilihan raya kali ini juga jelas memperlihatkan kebijaksanaan pengundi di kawasan itu dalam menilai pemimpin mereka.

"Untuk kali ini orang Melayu khususnya orang muda mereka bijak menilai pemimpin. Mereka tidak sahaja berasaskan parti tetapi yang penting siapa yang akan jadi wakil kepada mereka," katanya.

"Aras sokongan orang Melayu terhadap BN pun nampak jelas peningkatan yang ketara dan di DUN Changkat Jong sendiri orang Melayu boleh dikatakan hampir bertambah kepada 3,000 undi untuk memberi sokongan kepada Mah," katanya kepada Antarapos.

Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 setelah memperoleh 20,157 undi.

Sementara Dyana mendapat 19,919 undi sahaja.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan Mah, Azhar berkata, faktor kejayaan Umno-Barisan Nasional (BN) adalah berdasarkan formula yang diguna pakai parti itu dengan menggabungkan segala kekuatan jentera sedia ada antara parti-parti kompenan.

"Saya rasa untuk kali ini formula yang diguna pakai oleh YAB Menteri Besar untuk Teluk Intan bertepatan sekali apabila keseluruhan jentera parti dapat digabungkan menjadi satu pasukan yang mantap dan kuat dalam menghadapi cabaran PRK Parlimen Teluk Intan.

"Sebab itu kita lihat MCA dan Gerakan bersatu hati manakala parti yang berasaskan kaum India MIC, PPP, RPF dan lain-lain bersatu bersama-sama bekerjasama untuk memenangi PRK Teluk Intan dan Umno sendiri sudah tentulah.

"Dan inilah yang menjadi resepi kejayaan di Teluk Intan, jika sekiranya sebaliknya berlaku sebagai contoh parti-parti yang mewakili India tidak bekerjasama, ahli dari MCA dan Gerakan juga tidak bekerjasama ini akan menjejaskan peluang untuk menang," tegasnya.

Malah, katanya, dengan kerjasama erat antara parti kompenan itu juga disifatkan sebagai cerminan bahawa BN adalah sebuah parti yang berbilang kaum.

Apatah lagi, mengikut pola pengundian di Teluk Intan yang jelas membawa imej satu Malaysia.

"Dan dengan kerjasama ini telah meyakinkan rakyat bahawa parti ini memang parti yang padu, kuat serta mampu menjadi cerminan kepada semua bagi mewakili rakyat berbilang kaum di negara ini," ujarnya.

"Apatah lagi di Parlimen Teluk Intan pola pengundiannya adalah terdiri daripada majoritinya kaum Cina 41 %, Melayu 39%, India 19 %, nampak ketaralah imej rakyat Malaysia di Teluk Intan sekali gus melambangkan rakyat Teluk Intan bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh PM yang membawa imej 1 Malaysia itu," katanya.

Ditanya mengenai peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi, Azhar berkata ia jelas menunjukkan BN kini berjaya mengurangkan jurang kekalahan parti itu sebelum ini yang kalah pada dua pilihan raya lepas.

"Walaupun peratus yang keluar mengundi hanya 66.67 peratus tetapi ia bukan sahaja melibatkan kurangnya keluar mengundi dari kaum Cina bahkan Melayu juga menghadapai masalah yang sama. Namun yang demikian kita tengok dalam konteks sokongan rakyat di kawasan itu menunjukkan tempat kaum Cina juga yang dulu kita kalah tetapi jurang kekalahan itu dapat kita tingkatkan dan ada peningkatan ketara di peti-peti undi kaum Cina," jelasnya.

Malah, ia juga menggambarkan sebahagian besar kaum itu kini sudah boleh menerima kembali pemimpin BN.

"Ini menunjukkan kaum Cina sebahagian besar boleh menerima sebahagian besar pemimpin BN yang diwakili oleh Gerakan atau Barisan Nasional ini untuk menjadi wakil rakyat mereka," katanya.

"Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang peti undi yang kita tidak pernah kita kalah atau kita kalah pada PRU 13 tetapi kali ini kita menang.

"Yang mana kita kalah banyak kita kurangkan undi tersebut, ini menunjukkan jelas dalam bentuk fakta peningkatan pengundi menyokong kerajaan BN kali ini," ujarnya.  

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat serta kepimpinan Umno-BN akan mengekalkan momentum kemenangan ini menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Sudah tentulah kemenangan BN ini kian membuak-buak kerana rakyat Teluk Intan sudah menunggu hampir 10 tahun selepas dua kali Parlimen diurustadbir oleh DAP yang tidak membawa sebarang pembangunan pun di kawasan Teluk Intan," katanya.

"Maka harapan rakyat Teluk Intan sudah tentulah akan melihat adalah pembangunan-pembangunan yang baru di Teluk Intan ini dan strategi kita untuk masa hadapan sudah tentulah kita akan mengkaji balik semula tentang pola sokongan kenapa sebelum ini mereka menolak kerajaan dan sebagainya supaya kita tukar strategi dalam mendekati rakyat dan memenuhi harapan rakyat  serta menyelesaikan isu-isu dan masalah di kawasan Teluk Intan ini," tegasnya. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/pertambahan-jumlah-undi-melayu-bantu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...