DAMANSARA 16 Jun - Rakyat Malaysia bakal memdapat pengecualian Visa sekiranya membuat kunjungan ke Amerika Syarikat (US) setelah usaha rundingan dibuat dengan kedutaan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan tersebut dibuat dari hasil lawatan Presiden Barack H. Obama ke Malaysia pada 30 April lalu.
"Usaha utama ialah pengecualian visa untuk rakyat Malaysia mengadakan kunjungan ke US.
"Setakat ini mana-mana pelawat US ke Malaysia tidak dikenakan visa tetapi rakyat negara ini ke US telah dikenakan visa," katanya selepas mengadakan rundingan tertutup bersama Duta Besar US ke Malaysia Tuan Yang Terutama Joseph Y. Yun di ibu negara hari ini.
Jelas Zahid, beberapa kriteria telah dibincangkan dan ditentukan oleh kedua-dua pihak bagi menetukan ciri-ciri keselamatan sebagai mana yang telah dilakukan oleh 37 negara lain.
"Kita melakukan usaha ini melalui tiga tahap iaitu dimulakan dengan pegawai-pegawai, kumpulan ahli perniagaan dan rakyat biasa.
"Antara usaha yang kami telah lakukan adalah menetukan keselamatan dalam pasport dan menetukan latar belakang pada pelawat Malaysia yang datang ke US," ujarnya.
Tambah Zahid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin dengan usaha yang dilakukan pihaknya apabila pihak US meminta Malaysia meyelaras semua keperluan yang ditentukan Malaysia.
"Kita akan lakukan dengan segera tetapi mereka (US) meminta seorang koodinator dilantik oleh pihak Malaysia untuk menyelaraskan secara penuh masa semua keperluan yang ditentukan oleh US.
"Sebahagian besar (program) itu telah mula dilakukan oleh pihak Malaysia dan kita yakin kita akan mencapai maltlamat berkenaan," katanya lagi.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/rakyat-malaysia-ke-us-akan-dikecualikan.html
No comments:
Post a Comment