Ringkasan Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu Kalimah Allah pada 23 Jun 2014:
Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak permohonan oleh Gereja Roman Titular berkenaan dengan penggunaan perkatà an "Allah" dalam "The Herald Weekly". Menurut mahkamah, budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri didapati secara objektifnya betul.
Penghakiman itu secara khusus hanyalah untuk penerbitan Herald sahaja. Walau bagaimanapun, Majlis Gereja-Gereja perlu mengambil iktibar bahawa pengunaan perkataan Allah dalam menerangkan sebagai Tuhan dalam hubungan Kristian adalah menjadi perkara sensitif kepada umat Islam.
Oleh itu, sebarang percubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam apa apa bentuk media boleh ditafsirkan sebagai bererti satu usaha untuk mengacau bilau serta menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia.
Penyataan tidak bertanggungjawab seperti ini akan menimbulkan rasa penghinaan dan mengundang tindak balas umat Islam terhadap Gereja. Mahkamah Rayuan menegaskan bahaya perkataan Allah tidak merupakan sebahagian daripada pengajaran Katolik.
Jika Gereja berkeras untuk menggunakan perkataan Allah, maka Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai banyak hujah untuk memihak kepada umat Islam.
http://theunspinners.blogspot.com/2014/06/ringkasan-kes-isu-kalimah-allah-untuk.html
No comments:
Post a Comment