Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 27 June 2014

SAGA generasi ke-3 tahun depan!

Proton Saga Generasi ke-2

saga concept 1
Proton Saga Generasi ke-3 akan dikeluarkan tahun hadapan !

* Illustrasi digital dari Najmi Rosdi

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai 'Saga 3' bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.
Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.
Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. 
Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.
Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely. 
Sumber:
http://funtasticko.net/saga-generasi-ke-3-tahun-depan/
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/06/pejuang-bangsa_27.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...