TELUK INTAN 14 Jun - Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong meluahkan rasa gembira dan terima kasih terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedia menerima ideanya bagi mendirikan sebuah universiti di kawasan itu.
Siew Keong yang juga Presiden Gerakan berkata, pembangunan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) penting bagi melahirkan guru berkualiti yang bakal mendidik anak bangsa demi kemajuan masa depan negara.
"Saya gembira kerana ramai kawan saya juga merupakan graduan daripada UPSI. Universiti ini mempunyai banyak program pengajian, oleh itu, kita mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.
"Kita mengambil risiko untuk membina universiti di sini dan Perdana Menteri bersetuju untuk memulakannya dengan 1,000 orang guru dilatih. Untuk membina sebuah universiti bukan begitu mudah apatah lagi mendapatkan 30 ekar tanah bagi pembinaan bangunan kampus.
"Kita ada dua cadangan tapak universiti sebab di Teluk Intan tiada tanah. Jadi, apabila hendak memiliki tanah orang lain bukan senang, kita akan berunding dengan pemiliknya. Kita akan ambil tanah estet tetapi ini adalah demi kebaikan penduduk Teluk Intan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perdana Menteri bersama rakyat serta pelancaran projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140615/dn_07/Siew-Keong-gembira-Najib-terima-cadangan-bina-universiti#ixzz35B7cP0Zk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment