Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 22 July 2014

15 TENTERA ZIONIS TEMBAK KAKI SENDIRI SEBAB TAKUT EKORAN AL QASSAM DAN AL-FATAH BERGABUNG!!!


Gambar Bandar Tel Aviv selepas menerima hentaman roket serangan balas pejuang Palestin semalam.


Terkini !



Pejuang Palestin melancarkan ketumbukan roket serangan balas ke atas tanah terjajah Israel, dan kini sien kecemesan di bunyikan di Ashkelon. 



Gaza 3:39 AM



Terkini !



Sebuah lagi hospital di Abasan Timur Khan Younis diletupkan pesawat perang Israel.Hospital Al-Jazaairi. Ketika ini kakitangan Hospital sedang bertungkus lumus mengosongkan hospital bagi mengelakkan lebih ramai lagi cedera.



Pihak Zionis Israel pada ketika ini sedang mengadakan penangkapan besar-besaran di Nablus, Tebing Barat bagi memadamkan api kebangkitan intifadhah ke3. Perlu diketahui, solidariti masyarakat Palestin di Tebing Barat terhadapa perang di Gaza tika ini mencapai kemuncaknya apabila kempen mogok besar-besaran diadakan di seluruh Tebing Barat.


Gambar menunjukkan sebuah rumah penduduk di Israel hancur dibedil roket serangan balas Briged Izzuddin Al-Qassam M75 petang tadi.


Gaza 3:00 AM



Terkini !



Kapal-kapal perang Israel membedil bangunan-bangunan di pantai belah barat Bandar Gaza ketika ini. dilaporkan bedilan sangat kerap dan kuat.



Terkini !



Briged Syuhada Al-Aqsa di Tebing Barat mengajak semua rakyat Palestin di Tebing Barat mengangkat senjata menentang penjajahan Israel , hanya "bahasa darah yang akan memahamkan penjajah".



Terkini !



2 pemuda disahkan terbunuh selepas dibom roket dalam serangan penceroboh Israel terbaru di Masjid Barakah Beit Lahiya Utara Gaza. Usamah Bahjat Rejab, 21 tahun dan Muhammad Daud Hamoda 23 tahun.


Terkini !


Media Israel melaporkan hampir 15 orang tentera Israel menembak kakinya sendiri dengan niat untuk dihantar ke hospital dan menerima rawatan serta tidak bagi mengelak dari terlibat dalam medan pertempuran.



Gaza 2:26 AM



Laporan 12 jam Perang Hari ke-16 Selasa Briged Izzuddin Al-Qassam;



"Kami berjaya membunuh sebanyak 15 orang tentera penceroboh Israel dan mencederakan 40 tentera yang lain di merata tempat pertempuran di sekitar sempadan Gaza dengan pelbagai bentuk serangan.."


Kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam;


"Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, unit pertahanan udara Briged Izzuddin Al-Qassam, pada Selasa 19:40 melancarkan peluru berpandu ke udara mensasarkan dan mengenai jet perang tentera penjajah Israel model F16 di langit kawasan Deir al-Balah ketika ia cuba untuk menyerang rakyat Palestin di sana.."



Tidak dipastikan sama ada ia hanya mengalami kerosakan atau terhempas.



Dalam satu wawancara;


Jurucakap tentera Israel cuba mengungkit perbalahan antara Fatah dan Hamas dan mempersoal mengapa Fatah boleh bekerjasama dengan Hamas yang disifatkan sebagai pengganas.
____



Jawab jurucakap Fatah; Usamah Al-Qawasmi.



"Biarkan kami dengan masalah kami tak perlu anda tahu kerana isu permasalahnya bukan itu tetapi adalah kekejaman kalian membunuh anak-anak kami dan wanita kami.. 



isu sebenarnya adalah kalian diberi kuasa untuk menetap di tanah kami dengan arahan PBB.. 



isu permasalahannya ialah kalian cuba meruntuhkan Masjid Al-Aqsa.. 



isu permasalahannya ialah kalian menolak semua plan damai yang diberi presiden kami Abu Mazin.. 



isu permasalahannya adalah kalian menganggap nyawa rakyat Palestin hanya sekadar nombor.. 



isu permasalahannya adalah kalian mengepung dan menyekat Semenanjung Gaza.. 



Siapakah di sebalik kemusnahan dan kefasadan yang melanda rakyat Palestin ketika ini ?? 



Jurucakap Fatah Usamah Al-Qawasmi dalam satu wawancara;



"Kerajaan Netanyahu cuba memberi alasan membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin bahawa operasi mereka adalah operasi ketenteraan menjaga keamanan.."



"Jika itu lah matlamat kalian, maka ambillah darah kami dan berambuslah dari tanah kami.."



"Aku pelik dengan kerajaan Benjamin Netanyahu yang masih mempunyai jurucakap untuk kerajaan yang membunuh kanak-kanak. Dia sepatutnya diberikan hadiah nobel;



Hadiah nobel pembunuh kanak-kanak sedunia.



Terkini !



00:00 Sebentar tadi Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan berjaya meletupkan sebuah kereta kebal dengan 3 biji periuk api berskala besar dan menghacurkan total kenderaan tersebut di Beret Askar Israel di Kawasan Sofa.



Gaza 12:21 AM

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...