Arkib : 13 Julai 2014
Salam 2 all.
Sampai bila kita asyik nak hantar misi bantuan kemanusiaan, hantar ubat, hantar baju, hantar selimut bantal, hantar duit?
Sampai bila kita asyik nak solat hajat, nak kutip derma, nak kutuk, nak hantar memorandum, nak berdemo, nak guling atas jalan?
Sampai bila wahai saudaraku Muslimin?
Sejak 02 November 1917, setelah tamat Perang Dunia Pertama, apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar British menghantar surat kepada kepala Yahudi laknatullah Lord Rothschild menyatakan ilitizam dan komitmen British untuk membentuk sebuah negara Yahudi Israel di tanah Palestin, umat Islam Palestin tidak pernah lagi kenal keamanan!
Dokumen sehelai mukasurat yang kini dikenali sebagai Perisytiharan Balfour mengubah segala-galanya - umat Islam Palestin menjadi banduan di dalam negara mereka sendiri!
Hanya dengan sekeping surat berikutan kekalahan Empayar Usmaniah dalam Perang Dunia Pertama bersama German dan Itali, kuasa penjajah British dengan wewenangnya menggadaikan tanah Palestin kepada Yahudi!
Maka terbentuklah negara jahanam Israel laknatullah ditengah bumi 'Arab; diatas bumi yang diberkati Masjidil Aqsa!
Sejak itu, nyawa umat Islam Palestin umpama di hujung tanduk!
Saya pernah beberapa kali ke Palestin, termasuk Gaza, Masjidil Aqsa, Tebing Barat, Hebron, Jericho dan lain-lain. Malah saya berkesempatan tinggal bersama mereka buat beberapa ketika.
Malah saya bersama Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah sekeluarga semasa lawatan bersejarah mereka ke bumi Palestin pada 23.01.2013.
Bayangkan kehidupan harian rakyat Palestin!
Bayangkan bekalan elektrik dan air dikuasai dan dikawal oleh Israel; mereka boleh menutupnya, dan mereka sentiasa menutupnya bila-bila masa setiap hari ikut suka mereka.
Bayangkan bekalan elektrik dipotong sewaktu pembedahan sedang di lakukan di Hospital Jabaliyah!
Bayangkan jet pejuang Israel terbang rendah diatas sekolah dengan dentuman bunyi supersonik yang memekakkan telinga!
Bayangkan penembak tepat sniper tentera Israel sentiasa menghalakan muncung senapang dan menembak bila-bila sahaja termasuk kanak-kanak kepada sesiapa sahaja ikut suka mereka!
Bayangkan kereta kebal Israel yang besar dan gah sentiasa menghalakan muncong ke arah hospital, rumah dan lain-lain dan bersedia mengebom bila-bila masa!
Bayangkan tentera laut Israel mengawal sepanjang pantai Meditteranean dan akan menembak hancur mana-mana bot nelayan Palestin yang melangkau garis larangan sempadan yang zionis tetapkan terlalu dekat dengan pantai!
Bayangkan ibu-ibu menghantar anak-anak ke sekolah tiap pagi dengan iringan tangisan dan airmata kerana tidak tahu samada dapat berjumpa semula anak itu kerana mungkin sekolah akan dibom atau anaknya ditembak mati oleh sniper Israel!
- Bayangkan jemaah ke Masjid untuk bersolat belum tentu balik hidup atau dalam beg mayat!
- Dan kita hanya mampu hantar ubat dan kain selimtu?
- Dan kita hanya mampu kutip derma?
- Dan kita hanya mampu buat solat hajat?
- Dan kita hanya mampu berdemo menyerahkan memorandum mengutuk Israel?
- Dan kita hanya mampu berguling atas jalan?
- Lepas itu kita berkumpul ramai-ramai dikedai mamak tengok Piala Dunia FIFA!
- Sedangkan kita menguasai pasaran minyak, atau emas hitam dunia?
- Sedangkan kita ada jumlah tentera yang ramai jika digabungkan!
- Sedangkan kita ada kumpulan komando elit yang hebat dan perkasa!
- Sedangkan kita ada jumlah hampir 1.5 billion seluruh dunia!
- Sedangkan kita ada senjata canggih, pesawat tempur, kapal tentera laut yang hebat!
- Sedangkan Nabi hanya ada 313 pengikut yang miskin tidak lengkap bersenjata!
- Sedangkan Khalid Al-Walid hanya ada 20,000 tentera berdepan dengan 1.2 juta tentera musuh!
- Sedangkan Salahudin Al-Ayubi hanya ada tentera yang berjalan kaki daripada Damsyik!
- Sedangkan Muhammad Al-Fateh boleh memikul kapal perang melalui daratan!
Dan kita hanya mampu hantar selimut bantal, ubat, kutip derma sambil mendirikan solat hajat dan berdemo!
Aiyyuhal Muslimin, sampai bila?
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Ramadhan 1435
12 Julai 2014
No comments:
Post a Comment