Sebuah penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang membawa 280 orang dan 15 anak kapal hilang kawalan komunikasi dengan menara Ukraine pada jam 10.15 pm waktu Malaysia semalam (17 Julai 2014). Saksi menyatakan pesawat itu telah ditembak jatuh dan pasukan penyelamat khuatir tiada seorang pun yang terselamat. Menurut sumber, Presiden negara itu juga mengesahkan nahas tersebut.
Berikut adalah gambar sekitar nahas MH17 yang sempat dirakam dengan senarai nama krew-krew MH17.
Fakta MH17
Penerbangan Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, hilang komunikasi menara kawalan Ukraine pada 1415GMT (10:15 malam, waktu Malaysia). Saksi berkata pesawat ditembak jatuh, manakala pasukan penyelamat percaya tiada penumpang terselamat dan beberapa bahagian anggota badan dijumpai berhampiran kawasan bangkai kapal terbang tersebut.
MH17 ditembak jatuh di Ukraine (17 Julai 2014)
- Berlepas dari Amsterdam Schiphol, HOLLAND 12.15 pm (waktu Amsterdam)
- UKRAINE 10.15 pm (waktu Malaysia)
- Ditembak jatuh 40 km dari sempadan Rusia
- Dijangka tiba di KUALA LUMPUR pada 6.10 pm (waktu Malaysia)
No comments:
Post a Comment