Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 17 July 2014

Altel: Pengedar diminta jangan sabotaj

KUALA LUMPUR 16 Julai - Syarikat telekomunikasi Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel), telah mengingatkan wakil-wakil pengedar supaya tidak mensabotaj produk syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasinya, Rizwal Mohd. Ain berkata, pengedar yang telah dilantik seharusnya menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan tiada alasan untuk membelakangkan produk Altel berbanding yang lain.

Jelas beliau, peringatan itu antara lain supaya para pengedar mempamerkan pek permulaan prabayar Altel di premis masing-masing berdasarkan persetujuan bersama antara syarikat dan pengedar.

"Kita mengambil serius perkara ini. Malah Altel telah membuat pemantauan termasuk menyamar sebagai pengguna bagi menyiasat hal itu. Peringatan itu juga adalah supaya mengelakkan sebarang tingkah laku yang mewujudkan prasangka buruk pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu aduan oleh pengguna yang tersebar di laman-laman sosial berhubung tindakan pengedar Altel di sebuah gedung beli-belah teknologi maklumat (IT) popular di Kuala Lumpur, yang seolah-olah cuba menyorok atau tidak mahu menjual pek permulaan prabayar Altel kepada pengadu.

Pengadu itu kemudiannya mendakwa situasi yang dihadapinya itu berkait rapat dengan isu perkauman dan cubaan memboikot produk milik bumiputera, yang seterusnya disebar secara meluas melalui laman-laman sosial.

"Setelah siasatan dilakukan, kami tidak dapat menjelaskan aduan tersebut adalah benar atau palsu kerana tiada pengakuan oleh pengedar, selain aduan yang dibuat itu tidak spesifik dan tanpa bukti yang jelas," kata Rizwal.

Jelas beliau, meskipun mutu jualan yang dibuat oleh pengedar itu tidak seperti diharapkan, aktiviti mereka (sebagai pengedar Altel) di pusat beli-belah itu masih diteruskan.

"Kami telah memberi peringatan kepada mereka dan jika didapati benar-benar berlaku atau tidak komited menjual produk kami, perkhidmatan mereka boleh dibatalkan dan disenarai hitam," kata beliau.

Beliau berkata, pelanggan boleh membuat aduan kepada Altel menerusi nombor telefon yang boleh didapati di laman www.altel.my.

Pada masa sama pihaknya mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar, boleh menghubungi Altel di laman tersebut terutamanya kepada mereka yang mahu menceburi perniagaan penjualan produk berkaitan telefon bimbit.

Sehingga kini, Altel telah mempunyai sekitar 50,000 pengguna prabayar yang aktif.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...