LANGKAWI 14 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.
Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.
"Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di sini.
Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/boikot-produk-israel-berkesan-jika.html
No comments:
Post a Comment