Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 July 2014

FACEBOOK FITNAH AKHIR ZAMAN (Bacalah Dengan Ikhlas)

Tahukah anta semua kenapa FACEBOOK dicipta? Tahukah anta semua apa yg mereka (ILUMINATI) cari dari kita di (NUSANTARA) ini. Dan tahukah anta semua telah dinyatakan dalam sebuah HADITH SOHEH bahawa Nabi SAW telah bersabda:

'Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun'.

Ibnu Majah: (Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.)

(Menurut riwayat hadith yang sahih, Imam Mahdi dikatakan akan muncul dari negara negara belahan sebelah timur, jadi ada kemungkinan bahawa negara Islam timur di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini telah di diriwayatkan sepertimana didalam hadith Rasullah SAW. Wallahua'lam.

Tujuan dan hajat mereka adalah ingin mencari pemimpin Islam (akhir zaman) yang mereka geruni selama ini. Mungkin mereka sudah mengkaji Al-Quran lebih dari kita umat Islam namun telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawasanya mereka TIDAK akan sesekali mengikuti kita sehingga kita mampu diarah agar mengikuti telunjuk mereka. Objectif mereka adalah ingin menghapuskan Imam Al- Mahdi (raja umat Islam akhir zaman.) Wallahua'lam bis'showab'.

Walaupun mereka tidak dapat mengenali siapakah dan dimanakah tempat sebenar kemunculan Iman Mahdi namun mereka tetap optimis mampu menemuinya ditambah pula sokongan kukuh dari DAJAL Al-Masih lahnatullah'. Tentunya mereka juga punya strategi dan rancangan diluar kemampuan akal kita berfikir. Namun setelah ana mengikuti segala perkembangan dan helah mereka, ana begitu yakin FACEBOOK terdiri dari salah satu cara mereka bertindak. Kenapa?
Kerana teknologi tersebut dicipta berdasarkan teori WALL DISNEY (Teleport Alam Ghaib). Ana akan cuba perincikan selajutnya insya'allah. 

Baca,perhati dan teliti...

Peringkat awal - Untuk merealisasikan teori tersebutt, sekurang-kurangnya mereka terlebih dahulu akan cuba mengusai seluruh negara-negara Islam. Mereka kelihatan seakan cuba membantu walhal muslihat mereka adalah ingin memporak-perandakan negara-negara Islam agar sentiasa mengikuti telunjuk dan bergantung harap pada meraka lantas menerima segala teknologi ciptaan mereka (barat).

Malaysia, jika dilihat dengan mata kasar, negara kita tidaklah terlalu mempunyai imej Islam yg tinggi namun kekukuhan kerajaan Islam dan ciri-ciri pembangunan berorintasikan Islam memang tidak dapat disangkal oleh negara negara Islam yang lain. Terutama negara negara arab yang sering memberi pujian. Kini mereka seakan mula menyadari akan keunikkan bumi Islam ini. Sebuah wilayah yang sentiasa terselamat dari bencana alam yang dasyat. Tentu saja mereka sedang memerhatikan kita bagaimana bumi bertuah ini seakan sentiasa mendapat kesempurnaan dan perlindungan dari sang pencipta. Ana yakin mereka akan sentiasa mencari helah bagaimana untuk mengawal dan mengusai rantau ini. Apakah dengan FITNAH? Jawapannya adalah YA. Sebab pengikut DAJAL adalah berupa FITNAH'.

Mereka ILUMINATI tidak akan sewenang2nya menakluki negara kita, mereka akan mengunakan cara dan strategi seperti yang telah diatur. Dan fitnah itu boleh saja terjadi dari kelemahan kita sendiri yang membuka ruang seperti mana kebanyakkan perselisihan umat Islam di negara2 lain. Kesempatan itu akan diolah cara oleh mereka agar dunia luar memandang buruk akan kegagalan pemerintahan kita mentakbir. Dan sekiranya itu terjadi,kerja2 mereka semakin mudah. Perpecahan dan persengketaan umah adalah matlamat bagi misi mereka. Persoalannya, apakah ketika itu kita baru sedar dan cuba bangkit seperti negara2 Islam yang lain?? Tepuklah dada sendiri jika itu benar2 terjadi'.

Saudaraku, Rasulullah juga pernah berpesan kepada para sahabat' betapa besarnya perperangan kita dengan NAFSU didalam diri kita sendiri'. Jika hati sudah mati, tiada gunalah jasad yang masih hidup ini. Kerana nafsu akan membuatkan manusia hidup laksana haiwan. Cuba kita lihat betapa banyaknya kemunculan pelbagai konsep hiburan dan produk2 khayalan ciptaan manusia. Ibarat pepohon liar tanpa baja yang tahu mencari makanannya sendiri. Begitulah cara iluminati menjadikan nafsu kita sebagai tentera2 mereka berjuang setiap hari.

Iluminati sedar akan kesukaran mereka mengusai golongan para ulamak dan guru2 agama dalam Islam, lantas mereka mengunakan golongan anak2 muda sebagai pelancar agenda jahat mereka. Saksikan bagaimana anak2 Islam telah dirosakkan dengan segala hiburan dari produk yang melalaikan seperti DADAH dan INTERNET itu sendiri.

Saudaraku, tahukah anta di negara Yahudi (Israel) mempunyai satu DINDING setinggi 19 meter yang terletak di Jurusalem. Dinding tersebur digelar sebagai 'WESTERN WALL' tempat dimana mereka kununnya berdoa. Mereka akan menuliskan doa mereka pada sekeping kertas dan menyelitkan kertas tersebut pada lobang dicelah2 dinding tersebut. Dinding2 seperti itu juga wujud di negara2 lain seperti Jerman dan Rusia. Oleh kerana Zuckerberg adalah seorang Yahudi, beliau telah mencipta FACEBOOK berkonsepkan WESTERN WALL. Sebab itulah di FACEBOOK terdapat paparan muka WALLFEEDS dimana kita sering updates status kita setiap hari. Mereka seakan membuatkan kita berdoa kepada tuhan mereka mengikut tatacara mereka di dinding2 tersebut, walhal nauzhubillah tidak sama sekali. Namun itulah hakikat cara mereka mempengaruhi kita dengan teori TELEPORT ALAM GHAIB tersebut. AWAS!

Sehingga terjadi satu kebiasaan (FENOMENA) kita melepas tekanan perasaan melalui wall status pada FACEBOOK tersebut setiap hari. Apakah teori tersebut telah berjaya mempengaruhi kita semakin menjadi LALAI dan sering melupakan SHOLAT dan ajaran Islam? Apakah benar teori tersebut telah berjaya membuatkan kita semakin mudah terjebak ke kancah maksiat, pornografi, permainan (GAME) yang secara langsung berunsur JUDI?? 

Dan mengikut pengamatan ana apa yang paling membimbangkan adalah ramai dikalangan kita terutama golongan WANITA dalam tak sedar dengan sendirinya telah mencemarkan imej Islam. Maaf jika ada yang tersinggung! Ana terpaksa menyatakan KEBENARAN walau pun PAHIT untuk diakui. Dalam tak sedar wanita sering meletakkan wajah2 asal dalam profile FB mereka. Walaupun kita bertudung sekalipun, ramai yang terlupa dan hayal dengan puji2an lantas semakin galak mempamerkan pelbagai bentuk wajah kepada lelaki umum yang tidak dikenali. Lantas terjadilah senario SYOK SENDIRI dek kerana hanyut dengan puji2an yang membanggakan diri masing2. Posting2 seperti SELFIE seakan menjadi satu kegilaan bagi para pemilik akaun di FACEBOOK tanpa pernah memikirkan kesan yang berpanjangan setelah mereka mati kelak. Akaun tersebut akan berkekalan tanpa terpadam kerana tiada siapa yang tahu akan PASSWORD akaun tersebut. Statistik penceraian juga meningkat berganda2 oleh bahana FACEBOOK. Suami berbangga2 mempamerkan keindahan wajah2 isteri masing2. Golongan berada pula berbangga2 mempamerkan harta masing2. Golongan pemikir politik pula sering melepaskan tekanan dan rasa ketidak puas-hatian mereka didalam facebook dengan berbagai2 cara dan ungkapan. Gambar EDIT dan MAKI CERCAAN sudah menjadi budaya FITNAH yang amat dasyat sekali dizaman cyber ini.

Sungguh menyedihkan waima mengerunkan sebenarnya. Begitulah agenda penciptaan FACEBOOK yang penuh TIPU DAYA. Semoga kita tidak tergolong dan terjebak ke dalam kancah2 FITNAH AKHIR ZAMAN itu. Wallahua'lam bishowab'.

P/S : Pendapat ikhlas dari ana adalah, perkara yang baik dan buruk boleh saja terjadi dimana2 dalam pelbagai cara. Bukan hanya di FACEBOOK waima didalam MASJID sekali pun boleh saja terjadi DOSA. Gunakanlah Laman Sosial(FB) ini untuk jalan kebaikkan seperti soal kemanusia'an,perkongsian maklumat dan ilmu terutama penyampaian DAKWAH dan kebajikkan. Tak perlu kita BOIKOT FB ini, malah penguna yang bijak akan mengunakan wardah ini sebagai serangan timbal-balik kepada musuh2 yang bermuslihat kejahatan'. ------ Kongsikan Jika Perlu'. 

Salam Ukhuwah dari ana...

-Penembak Tepat Genuine-
(Aktivis Aman Islam K.Lumpur)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...