Tahun 2010, saya menamatkan pengajian di sebuah universiti di Pulau Pinang. Ketika itu, betul-betul di sebelah pagar kampus terdapat sebuah kebun tebu yang besar.
Tahun ini (2014), saya menghantar adik ke kampus yang sama, maka sebuah homestay disewa melalui telefon untuk kami bermalam.
Apabila ditanya di manakah lokasi Homestay berkenaan, kata pemilik Homestay itu; "Memang betul-betul tepi pagar kampus".
Apabila sampai di Homestay itu, betapa terkejutnya saya, kebun tebu yang besar itu sudah digantikan dengan Homestay-homestay untuk disewa!
Kata pemilik Homestay; "Tanah ini milik bapa saya. Bila saya ambil alih, saya tebang semua pokok tebu dan bina Homestay. Perniagaan ini lagi menguntungkan berbanding jual tebu di bulan Ramadan".
Oh. Begitu kisahnya, saya tak sangka saya tidur pada malam itu di kawasan kebun tebu yang besar semasa 4 tahun lalu.
-------------------------- ------------------
Beberapa minggu sebelum itu rakan saya, seorang peniaga jus buah-buahan di pasar malam sibuk mencari bekalan tebu tambahan untuk persiapan jualan di bazar Ramadan. Katanya, bekalan tebu tahun ini sukar didapati.
Kebetulan pula pakcik saya menanam tebunya sendiri dan kami dapat menikmati kesegaran air tebu yang terbaik dari kebun miliknya secara percuma!
Namun mempunyai kebun tebu tidak membolehkan rakan saya membeli tebu daripada pakcik saya. Kerana tebu pakcik saya tidaklah terlalu banyak untuk menampung jualan air tebu di bazar Ramadan bagi tempoh satu bulan.
Akhirnya, rakan saya itu terpaksa membeli bekalan tebu dari pekebun lain dengan harga yang tinggi berbanding sebelum ini.
Jika bekalan sudah naik harga secara tidak langsung jualan kepada pembeli akhir akan meningkat. Maka munculkan kata-kata popular yang tidak sedap didengar iaitu ; BARANG NAIK.
-------------------------- ------------
Kampung saya di Kuala Selangor yang terkenal dengan kawasan pertanian pun sukar mencari bekalan yang sepatutnya, inikan pula kawasan bandar.
Pengajarannya di sini. Hukum asas ekonomi adalah ; BEKALAN KURANG, PERMINTAAN TINGGI = HARGA NAIK.
Penggemar Air Tebu tidak berkurangan, malah semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tetapi kebun-kebun tebu sedikit demi sedikit ditebang untuk menjalankan perniagaan lain yang bagi fikiran pemiliknya, LEBIH MENGUNTUNGKAN.
Cuba kita bandingkan kes ini kepada tanaman-tanaman lain yang menjadi makanan kepada kita. Mengapa bekalan naik harga?
Di sini kita mahu mengajak semua berfikir mengapa sesuatu barangan akan meningkat harganya DAN semua ini tidak patut disalahkan kepada kerajaan semata-mata.
Harga barangan akan terus meningkat dan meningkat. Melainkan setiap rumah ada bendang sendiri, reban ayam sendiri dan kebun sayur sendiri.
Setuju?
(Gambar sebagai hiasan)
--Jamal Rafaie--
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=254883398039026&set=a.182165691977464.1073741828.181500092044024&type=1
No comments:
Post a Comment