Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 19 July 2014

MH17: MAS Sekali Lagi Jadi Tajuk Utama Akhbar Dan Portal Dunia



PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita dunia apabila penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.




Pada 8 Mac lalu, MAS mula dikenali masyarakat dunia apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan itu hilang dari radar dan tidak ditemui hingga kini.




Dalam kejadian itu, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas berlepas pada pukul 12.41 pagi.

Pesawat itu dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi dan usaha mencari masih diteruskan sehingga hari ini.

Bagaimanapun, pada Khamis dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita nahas penerbangan apabila sebuah lagi pesawat milik MAS terhempas kerana ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.

Pesawat itu didakwa ditembak jatuh kerana terbang di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.



http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/mh17-mas-sekali-lagi-jadi-tajuk-utama.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...