Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 6 July 2014

Pelampau Buddha Bersenjata Bermotosikal Ancam Bunuh Umat Islam



YANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu.

Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid.

Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut.

Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit.

"Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya.

Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine.

Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.

http://celahgelegar.blogspot.com/2014/07/mana-pejuang-hak-asasi-pr-pelampau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...