REAKSI
seorang budak perempuan yang mungkin berusia dalam lingkungan 2-3
tahun, berasal dari Amerika Syarikat di dalam video ini begitu comel
sekali. Inilah pertama kali bagi si anak 'Mat Saleh' ini mendengar suara
seruan azan yang berkumandang merdu melalui pembesar suara sebuah pusat
membeli belah di sebuah negara Arab yang dikunjunginya.
Reaksi comel anak kecil Mat Saleh pertama kali mendengar suara azan di negara Islam dilawatinya
Difahamkan bahawa si kecil ini sedang bercuti bersama keluarganya ke negara tersebut. Ekspresi spontan dan comel budak perempuan yang kelihatan terpegun dan penuh rasa ingin tahu mengenai seruan azan yang didengarinya di pusat membeli belah tersebut telah menarik perhatian. Begitulah FITRAH seorang anak kecil yang tiada dosa walau dari bangsa dan agama apa sekalipun apabila mendengar seruan supaya menyembah Allah yang Esa.
Daku respek juga kepada kedua ibu bapanya terutama kepada bapa budak perempuan ini kerana 'sporting' dan tahu memberi jawapan "call to prayer" kepada pertanyaan anaknya.
http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2014/07/reaksi-anak-kecil-pertama-kali-dengar.html#.U9BUlkCVrWe
No comments:
Post a Comment