KUALA LUMPUR 12 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik bersempena dengan hari kelahiran beliau hari ini.
``Selamat hari jadi Tun Dr. Siti Hasmah! Semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik. Insya-Allah,'' kata beliau dalam tweet terbaharunya hari ini.
Dr. Siti Hasmah menyambut ulang tahun kelahiran ke-88 hari ini.
Suaminya, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahiran ke-89 pada 10 Julai lepas.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/selamat-hari-jadi-tun-dr-siti-hasmah.html
No comments:
Post a Comment