KUALA LUMPUR 5 Julai - Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara KPJ di sini pada sekitar pukul 1.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.
Allahyarham disahkan mengidap masalah paru-paru yang serius semenjak dua tahun lalu dan sejak itu, berulang alik dirawat di hospital.
Keadaan Allahyarham, yang baru menyambut hari kelahiran pada 2 Julai, dikatakan semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140705/hi_01/Sharifah-Aini-meninggal-dunia-130-pagi-tadi#ixzz36eoi55Oh
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment