Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 13 July 2014

Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'
2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"
3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"
4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.
5. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...