Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin, saya ucapkan kepada semua warga pembaca setia blog ini sama ada yang mengenali diri saya, Norman Hafizi Bin Alfan ataupun tidak, yang menjadi 'follower' sama ada di blog ataupun di Google+ saya ataupun tidak, ataupun yang jauh dari saya, mahupun yang dekat dengan saya.
Semoga Aidil Fitri 1435H tahun ini membawa lebih bermakna kepada kita semua. Kepada mereka yang gembira menyambut ketibaan Syawal kali ini, jangan dilupakan kepada mereka, umat Islam di negara lain yang tidak menyambutnya seperti kita kerana mungkin disebabkan negara mereka masih lagi dalam situasi yang tidak mengizinkan mereka menyambutnya seperti di negara Malaysia yang tercinta ini.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment