Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 6 August 2014

Amukan Reccep Tayyeb Erdogan terhadap Raja-raja Arab dan seluruh Pemerintah Negara Arab.


``Reccep bayangan Hassan Pengibar Panji Islam``.

Dalam satu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum yang diadakan di Istanbul,Turki Presiden Turki,Reccep Tayyeb Erdogan dalam hujahnya dengan penuh lantang menegur tindakan para pemerintah negara-negara Arab yang mendiamkan diri terhadap kebiadaban rejim Yahudi Zionis yang terus-meneruskan menjalankan dasar ketenteraannya dibumi terjajah Palestin.Beliau bertindak tegas dengan menyebut kesemua nama-nama pemerintah negara Arab,antaranya Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz as Saud dan Raja Jordan Raja Abdullah II.Beliau juga mengingatkan bahawa jika semua pemimpin negara-negara Arab dan Islam secara keseluruhannya bergabung dan bersatu menentang penjajahan bangsa terlaknat Yahudi keatas tanah suci Jerusalem,maka segala penguasaan bangsa Yahudi keatas rakyat terjajah Palestin pasti dapat dipatahkan dengan mudah bukannya saling bertelagah dan berkelahi sesama sendiri yang hanya menjadi bahan ketawa Israel dan sekutunya.

Presiden Turki yang cukup dikenali sebagai pemimpin Islam yang cukup tegas terhadap isu semasa ummat Islam turut menyelar tindakan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu dengan sekutu kuatnya,Barack Obama yang langsung tidak mempedulikan
kecaman masyarakat dunia terhadap serangan keatas bumi Gaza dari darat,laut dan udara.Dengan nada yang benar-benar marah,Reccep Tayyeb Erdogan dihadapan para panel antarabangsa melabel Israel dan seluruh rakyat yang berkhidmat dibawahnya adalah bangsa pembunuh,tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut.Selain itu,penguasa terbesar kuasa Islam ini turut mempersoalkan tindakan Presiden baru Mesir,Abdel Fattah as Sisi yang mengarahkan pintu sempadan Rafah ditutup bagi menghalang rakyat Palestin mendapatkan bantuan dari negara Mesir berbentuk perubatan dan makanan yang telah menyebabkan Gaza hampir lumpuh sepenuhnya.Selepas menghabiskan hujahnya,beliau terus pergi meninggalkan forum ini dan beliau disambut dengan laungan Takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang menyaksikan peristiwa luar biasa ini.

AllahuAkbar,AllahuAkbar!!,Reccep Tayyeb Erdogan satu-satunya penguasa negara Islam yang lantang bersuara terhadap isu Palestin.Sehingga ada sumber Reccep Tayyeb Erdogan pernah berkata,

``Sehingga musnah bumi Palestin,aku tidak teragak-agak untuk mengangkat kembali Panji tentera Turki Uthmaniyah untuk memerangi Yahudi!!``.

*c/p Allahu Akbar 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=533914453418863&set=a.148212538655725.46979.100004009407519&type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...