Boikot barangan Israel sebahagian tuntutan jihad
BANGI, 19 Ogos – Seruan boikot barangan Israel dan barangan syarikat pro Israel perlu dilihat dari sudut kefarduan jihad membantu negara Palestin.
Merujuk fatwa ulamak terkemuka Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang dikeluarkan pada tahun 2002, umat Islam diseru memboikot apa-apa barangan yang membantu ekonomi Israel kerana inilah tuntutan jihad yang difardukan ke atas umat Islam yang tidak mampu berjihad dengan senjata di Palestin.
“Kadang kala kita tak perasan apabila mengulas tentang boikot, kita perlu melihat dari sudut jihad, kefarduan jihad, satu juzuk daripada tuntutan jihad.
“Dalam hal ini, umat Islam yang berada jauh dari Palestin, boleh melakukan jihad dari segi boikot. Boikot adalah satu kefarduan, kewajiban yang kita kena buat.”
Demikian penjelasan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman apabila ditanya tentang peranan yang perlu dimainkan oleh umat Islam dalam isu Palestin dalam rancangan Dimensi terbitan TV ISMA sempena kempen Bulan Kemarahan Ummah baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment