Demi Allah...
Kami ingin mengajak org Muslim Melayu dan amnya semua rakyat Malaysia utk menyokong dan mengerakkan Gerakan ini. Sesungguhnya Perjuangan atau Agenda Muslim Melayu itu tidak bersifat perkauman , negatif, dan memalukan.
1. Pada tahun 28 Disember 1946, Org melayu dari seluruh negara berkumpul dan mengzahirkan kesatuan tanpa adanya UmNo atau Pas . Tiada juga poster pemimpin yg dijulang. Mereka berpadu menentang agenda Malayan Union dan British!
Mungkinkah kita merdeka sekiranya Org Melayu tidak bersatu padu menentang British dan menuntuk Kemerdekaan
2. Pada tahun 1948, 1hb Februari tertubuh Persekutuan Tanah Melayu
Jadi apakah nama rakyat negara ini berdasarkan Nama negara ini? Kalau indonesia , kita panggil Indonesian atau org Indonesia. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu apa termanya?
3. Melayu itu sebuah bentuk asimillasi.Melayu bukan tentang sesuatu kaum drpd sesuatu tempat semata-mata. Melayu menerima org arab, india, dll menjadi Melayu dgn syarat Muslim, dan ingin menjadikan Melayu itu sebahagian budayanya. Ia juga ternyata dlm perlembagaan Malaysia.
Inikah bukti Melayu itu rasis dan ekslusif?
4. Semenjak 800 tahun yg lalu tamadun Melayu Islam tertubuh, pernahkan kita dengar tokong dan kuil dibakar oleh Org melayu?
Pernah kah kita dengar org Cina dan India di bunuh dan dirogol kerana bukan Melayu?
Pernah kan kita dengar perniagaan mereka dirampas hanya kerana meraka bukan Melayu?
Pernahkah mualaf dicemuh melayu kerana bukan Melayu?
Pernahkah kita mencemuh Baba nyonya dan Chetti yg menerima kebanyakan budaya melayu kecuali Agamanya? ( Melayu meraikan mereka sebagai sebahagian drpd mereka)
Jadi adakah org melayu itu rasis dan tidak toleran?
5. Walaupun Malaysia tu terma yg dtg drpd perkataan "malay" yakni Melayu drpd Persekutuan Tanah Melayu, org melayu telah merelakna pemimpin mereka mengurangkan Melayu utk membina negara bangsa baru demi negara Malaysia.
A. Semenanjung Melayu kini dikenali Semenanjung Malaysia
B. Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia
C. Jawi kita ganti dengan Rumi.
D. Sekolah pondok dan sekolah agama kita ganti dengan Sekolah Kebangsaan ( ada sjk melayu tak?)
6. Walaupun undang2 hudud wajib bagi Org Islam, org Melayu memilih pemimpin yg tidak menguatkuasakan hudud utk sekian lama. Antara sebab yg pernah diberi ialah menghormati perasaan org bukan Melayu yg tidak Mahu menerima Malaysia sebagai negara Islam walaupun Malaysia wujud hasil drpd tamadun Melayu Islam yg menguasai Nusantara lebih 800 tahun yg lalu.... Jadi siapa yg tidak toleran?
Ayuh Anak Bangsa, Umat Nabi di bumi Melayu...
Ini bukan lah gerakan mengajak kpd kebencian. Ini gerakan Mengajak kpd perpaduan , Menzahirkan kekuatan,
Menyedarkan yg jahil,
Mengejutkan yg tidur,
Jangan Malu jadi Melayu!
Bersyukur dan berbanggalah menjadi Muslim, berbangsa Melayu, dan rakyat Malaysia!
https://www.facebook.com/Gerakan153?fref=nf
No comments:
Post a Comment