Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 28 August 2014

Impak #MH370: Murid Gelar Najib "Bapa Kapal Terbang"???


Tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlaku pada tahun ini membawa impak yang amat besar terhadap negara.

Sudah pasti, insiden mengejutkan lagi luar biasa ini telah terpahat dalam sejarah sebagai peristiwa pahit untuk dikenang.

Begitu pun sepanjang proses menangani kedua-dua insiden tak terjangka ini terutama MH370 yang masih belum selesai sampai sekarang, individu paling terkesan tentulah Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan hakikat ini dimaklumi semua rakyat.


Selain itu, insiden pesawat ini nampaknya turut mempengaruhi pemikiran seorang murid sekolah rendah.

Bayangkan ketika menjawab soalan diberikan guru dalam buku latihannya berkaitan gelaran PM Malaysia; murid tersebut menjawab dengan betul bahawa Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan).

Namun bila sampai part PM sekarang, dia menjawab Najib adalah Bapa Kapal Terbang / Bapa MH 370!

Terang-terangan jawapan murid ini salah tapi jelaslah, insiden ‘kapal terbang’ adalah satu peristiwa besar yang akan sentiasa dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib apabila bercakap tentang sumbangannya ketika bergelar PM Malaysia baik sekarang mahu pun pada masa depan.

http://kulaanniring.blogspot.com/2014/08/impak-mh370-murid-gelar-najib-bapa.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...