Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 28 August 2014

Mak Nyah, 'ALLAH beri peluang kami bertaubat' Alhamdulilah



CAMERON HIGHLANDS - “Walaupun sudah hampir 30 tahun hidup sebagai 'gadis lorong gelap' namun saya redha kerana percaya ujian yang diberikan ALLAH SWT hanya untuk orang-orang yang istimewa dan Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bertaubat.

Demikian kata Mohamed Bakri Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Kak June ketika menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang mak nyah.

Menurutnya, sejak menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Insaf Pahang (PIP), dia kini lebih mendekatkan diri dengan ALLAH dan berusaha untuk mengajak rakan-rakannya yang lain untuk turut menyertai aktiviti anjuran PIP.

“Segalanya bermula dengan satu panggilan telefon dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang ingin berkenalan dan menjemput saya untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak berkenaan.

“Pada awalnya saya risau kerana menyangka mereka akan menahan saya, namun anggapan tersebut meleset sama sekali. Sejak itu saya kerap turut serta dalam aktiviti PIP dalam usaha untuk kembali kepada asal,” katanya di sini, kelmarin.

Mohamed Bakri yang juga Naib Pengerusi PIP berkata, melalui PIP dia diberi peluang menunaikan umrah pada tahun lalu hasil kutipan derma orang ramai.

Menurutnya, golongan mak nyah memerlukan lebih sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat dalam usaha mereka untuk kembali berubah.

“Tidak mudah menjalani kehidupan sebagai seorang mak nyah. Kami terpaksa menelan sindiran orang ramai malah ada yang dibuang keluarga gara-gara masalah golongan ini yang mengalami kecelaruan identiti jantina.

“Justeru, masyarakat dan agensi berkaitan termasuk NGO perlu membuka mata dan turut serta turun padang bagi membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Berusaha untuk berubah

Bagi seorang mak nyah yang dikenali sebagai Fiza, kehidupannya bergelar 'gadis lorong' sejak berusia belasan tahun banyak mengajarnya erti hidup dan menelan pelbagai cacian orang sekeliling.

Fiza berkata, dia bersyukur kerana keluarga masih menerima dirinya walaupun dia telah menjalani pembedahan sepenuhnya untuk menjadi seorang wanita.

“Sejak menyertai aktiviti di PIP, sedikit demi sedikit saya cuba untuk berubah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

“Selain itu, saya juga mula merencana perjalanan hidup dan merancang untuk memiliki perniagaan sendiri,” katanya.

Rakannya, Balqis, 22, berkata, sejak terbabit dalam PIP sebulan yang lalu, dia mula merasai kehidupan berkeluarga dan gembira bersama rakan-rakan yang lain.

Menurutnya, walaupun dia telah disisihkan keluarga dan saudara mara namun itu tidak bermakna kehidupannya telah berakhir.

“Saya bertemu dengan Mohamed Bakri di sebuah majlis di Dungun, Terengganu dan dia mempelawa saya untuk turut serta dalam PIP.

“Buat masa sekarang saya tinggal bersama rakan di Kuantan dan belum membuat sebarang perancangan masa dapan,” katanya.

Perlukan dana

Sementara itu, Pengerusi PIP, Profesor Dr Samsul Draman berkata, pihak PIP memerlukan lebih banyak dana bagi menganjurkan aktiviti membabitkan mak nyah dan berusaha untuk menarik mereka kembali taat kepada suruhan ALLAH.

Menurutnya, PIP turut bercadang untuk memiliki sebuah rumah perlindungan atau pusat aktiviti bagi menempatkan golongan yang sering disisihkan masyarakat ini.

“Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah kecelaruan identiti boleh merujuk kepada PIP kerana di sini terdapat ahli seperti Mohamed Bakri yang lebih memahami dan mendengar luahan hati golongan tersebut.

“ PIP menggunakan pendekatan dakwah secara halus seperti mengadakan menganjurkan kelas fardu ain, qiamullail serta tidak memaksa mereka untuk berubah 100 peratus dari segi penampilan dan fizikal,” katanya.

Samsul berkata, orang ramai yang prihatin dengan nasib golongan mak nyah boleh turut serta membantu dengan menyalurkan dana ke akaun Bank Islam 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/08/mak-nyahallah-beri-peluang-kami.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...