Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 5 August 2014

Usul DAP Agar Malaysia Henti Beli Aset Pertahanan dari Rusia timbulkan Tandatanya



Satu perkara yang menjadikan seseorang pemimpin itu hebat, bukanlah kebaikannya tetapi kebijaksanaannya. Pemimpin yang baik tidak semestinya mampu mentadbir dengan baik, tetapi pemimpin yang bijaksana akan membawa seribu macam kebaikan kepada rakyat dan negaranya. 

Antara tanda seorang pemimpin itu bijaksana ialah bukan sahaja mampu mengukuhkan ekonomi rakyat dan negara tetapi juga menyelamatkan mereka dari diserang, dimusnahkan atau dijajah oleh musuh. 

Untuk itu, seorang pemimpin wajib mempunyai sikap ‘paranoid’ yang bertempat dan tidak keterlaluan. Ertinya, seorang pemimpin tidak boleh mempercayai semua pihak seratus peratus tetapi perlu menyimpan sedikit ruang keraguan dan juga membuat persediaan sekiranya pihak yang disangka kawan itu terbukti bukan seorang kawan. 

Pemimpin yang bijaksana juga tidak akan sama sekali meremehkan atau menidakkan potensi ancaman musuh sebaliknya sentiasa bersedia dan berada 10 langkah di hadapan sebarang kemungkinan. 

Dalam hal ini, pemimpin Islam sebenarnya bertuah kerana telah diberi peringatan jauh lebih awal oleh Al-Quran mengenai siapa musuh kita sebenarnya. Mereka ialah orang-orang Yahudi Zionis yang angkuh, tamak dan kejam serta kaum-kaum yang menjadi sekutu mereka yang mempunyai sikap yang sama: 

“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Maidah (5):80-81].

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [TMQ al-Maidah (5):82].

“Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari seksa” [TMQ al-Baqarah (2):96].

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali(mu); sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):51]

Malangnya, walaupun telah diberi peringatan dan mengaku beriman kepada AlQuran, tetapi tidak ramai pemimpin Islam yang membuat persediaan untuk menangani atau menghadapi musuh-musuh ini. Malah, sebahagiannya pula sanggup menidakkan AlQuran dengan mengambil musuh ini sebagai kawan.

Benarlah kata-kata Benjamin Disraeli, Perdana Menteri England pada abad ke-19 apabila ditanya oleh Ratu Victoria berkenaan apakah bukti wujudnya Tuhan? Jawapan Disraeli ialah “Kaum Yahudi, Tuanku.” 

Seperti yang telah diingatkan oleh AlQuran, Yahudi (Zionis) bukan bertindak sendirian. Mereka mempunyai sekutu, rakan atau proksi untuk membantu mereka mencapai matlamat ketamakan dan keangkuhan mereka untuk memiliki dan menguasai segala-galanya di dunia ini. 

Hari ini, kita telah diperlihatkan permainan Yahudi (Zionis) dan rakan sekutu serta proksi mereka melalui berbagai-bagai cara. Pendedahan Beruang Biru dan juga blogger ‘Life of Annie’ mengenai sokongan Kristian Evangelist terhadap Zionisme dalam posting sebelum ini wajar diberi perhatian serius, oleh rakyat Malaysia, dan terutama sekali pemimpin negara.

Seperti yang kita tahu Kristian Evangelist di negara ini, diperjuangkan oleh DAP. 

Agenda DAP untuk menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ adalah satu perjuangan mereka yang abadi. Selain itu, DAP tidak akan sekali-kali mengiktiraf negara ini sebagai tanah asal orang Melayu serta tidak akan berhenti selagi tidak dapat merampas segala-galanya dari orang Melayu. 

Hakikatnya: 
• DAP ingin menghapuskan kuasa politik Melayu Islam adalah benar. 
• DAP membawa pendirian dan sikap yang sama dengan PAP Singapura adalah benar. 
• Singapura merupakan sekutu kuat Israel (Yahudi Zionis) adalah benar. 

Oleh itu, ayat mana dari AlQuran tentang kebencian terhadap Islam, serta keangkuhan dan ketamakan rakan dan sekutu Yahudi (Zionis) yang kita nafi dalam diri DAP? 

Setelah kita memahami hakikat sikap DAP ini, maka kita seharusnya mengambil sikap ‘paranoid’ dengan setiap perkataan dan tindakan yang diambil oleh DAP. 

Ketika perbahasan mengenai MH17 di parlimen baru-baru ini, pemimpin DAP, Lim Guan Eng, telah menyarankan agar kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula pembelian aset pertahanan dari Rusia serta membatalkan program Angkasawan dengan negara itu. Malah, DAP juga menyarankan agar Malaysia memboikot barangan Rusia. 

Bagi mereka yang berfikir, usul DAP ini seolah-olah ingin menafikan Malaysia kepada aset pertahanan yang canggih, sekali gus melemahkan dan memudahkan kita diserang dan dimusnahkan. 

Seperti yang kita tahu, teknologi pertahanan Rusia adalah antara yang tercanggih di dunia. Jika kita tidak membeli dari Rusia, maka kita mungkin terpaksa membeli dari Amerika atau sekutunya, iaitu musuh kita, yakni musuh Islam. 

Justeru, bagaimana kita boleh mempertahankan diri jika ‘rahsia’ kekuatan dan kebolehan aset pertahanan kita juga dibekalkan oleh musuh?

Hari ini, seluruh dunia setuju bahawa MH17 merupakan mangsa permainan kuasa besar. Oleh yang demikian adalah penting bagi kita untuk tidak membenarkan mereka menang dalam permainan ini. 

Jika kita akur dengan cadangan DAP lalu mengambil sikap memusuhi Rusia iaitu satu-satunya ‘kuasa’ yang mungkin mampu menyaingi kuasa Yahudi Zionis dan sekutunya, maka kita telah sebenarnya kalah sebelum diserang. 

Inilah diseru kepada kepimpinan agar tidak membiarkan MH17 ‘pergi’ dengan sia-sia tanpa belajar apa-apa darinya. Mulai saat ini, kepimpinan harus lebih tekad untuk melahirkan generasi yang bukan sekadar mampu membaca AlQuran, tetapi memahami dan memanfaatkan ajaran dan peringatan AlQuran itu, bagi kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia. Malaysia wajib melahirkan lebih ramai cerdik pandai sains dan matematik bagi menyaingi kekuatan musuh Islam yang tidak jemu-jemu ingin menghapuskan kita semua. 

Ingatlah, umat Islam bukan dilahirkan untuk menjadi mangsa, tetapi untuk menjadi Khalifah. Sudah sampai masanya kita memikul amanah ini, demi Allah SWT.

olh ZZ

https://www.facebook.com/beruangbiru1/photos/a.709934145693732.1073741828.697192853634528/809087855778360/?type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...