Saya beratur menunggu giliran untuk membayar coklat-coklat yang dipilih. Sampai sahaja giliran saya di kaunter, saya ditanya oleh juruwang; "Nak beli coklat Cadbury ni encik? Beli satu percuma satu".
Saya melihat pek coklat tersebut. Satu set ada DUA keping Coklat Cadbury. Jika dibeli satu set maka kita akan dapat percuma satu set lagi. Keseluruhannya kita boleh dapat 4 keping coklat Cadbury dengan harga hanya RM13!
"Kenapa tak letak di rak? Coklat Cadbury ni dengan sana sama ke?", saya bertanya kepada Juruwang.
"Tak. Yang di rak sana Cadbury yang diimport, yang ini keluaran Malaysia", katanya sambil menunjukkan coklat yang diletakkan di kaunter bayaran.
"Coklat keluaran Malaysia dah kurang orang beli, mungkin sebab kes DNA Babi tempoh hari. Tapi Cadbury luar negara sales-nya bagus", katanya lagi.
Saya lantas mengambil coklat keluaran Malaysia itu dan memulangkan kembali "coklat keluaran Luar Negara" di rak walaupun jenamanya sama.
Saya bukan jenis was-was untuk memakan sesuatu makanan yang saya rasakan ianya adalah HALAL. Kerana itulah, saya yakin untuk mengambil coklat keluaran negara sendiri.
PERSEPSI MENGUASAI PEMIKIRAN
Coklat Cadbury Malaysia terpalit dengan tuduhan mengandungi DNA Babi apabila satu notis dikeluarkan oleh sebuah pihak. Jualan Cadbury Malaysia merudum teruk. Dan akhirnya pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa coklat Cadbury itu sebenarnya tidak mengandungi DNA haiwan haram berkenaan.
Tetapi segelintir rakyat Malaysia terus menerus menghukum berdasarkan persepsi dan bukannya berdasarkan fakta. "Sedap Di Luar, Babi Di Dalam" (Maaf cakap)
Saya terfikir, KALAU KITA TAK YAKIN DENGAN PRODUK KELUARAN NEGARA SENDIRI, MENGAPA PULA KITA YAKIN DENGAN PRODUK MAKANAN YANG DIKELUARKAN OLEH NEGARA LUAR YANG TIDAK DIJAMIN PEMANTAUANNYA?
Saya melihat negara asal coklat-coklat import tersebut berasal daripada Korea (Pepero), Daim (Sweden), Hershey (USA), Mars (Netherlands), tidak pula dipertikai status kehalalannya dan berasal daripada negara Bukan Islam. Coklat keluaran Malaysia, boikot pula!
Fikir-fikirkan.
---------------------
Jamal Rafaie Jakiran
Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia (Selangor)
https://www.facebook.com/thepatriots2020?fref=nf
No comments:
Post a Comment