Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 1 September 2014

Isu Pertubuhan Haram PPS


Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang berkata beliau tidak akan tunduk pada desakan Kerajaan Pusat untuk mengharamkan Pee Pee Ass (PPS) yang memang haram kerana tidak berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

DAP pun parti yang haram juga kerana penipuan undi semasa mesyuarat CECnya. Bahkan Lim Guan Eng masih lagi berstatus Setiausaha DAP sementara kerana mesyuarat CEC DAP masih belum diiktiraf RoS. 

Beliau sebelum ini mempertikaikan peranan JKKK yang dianggap pertubuhan haram juga.


Hakikatnya JKKK diselia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan sejak zaman darurat antaranya untuk menjadi mata dan telinga kerajaan mengawal sebarang anasir subversif di zaman itu sebelum peranannya dikongsi bersama oleh Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS), RELA, persatuan-persatuan penduduk dan sebagainya. 

Samada RELA atau  SRS, kedua-duanya bergabung dengan pihak PDRM bagi mewujudkan kerjasama Lautan Biru untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman di taman-taman perumahan dan kampung-kampung.

Berbeza dengan PPS, ia ditubuhkan kerana kerajaan regim DAP Pulau Pinang yang tidak mahu percaya kepada pihak PDRM.

Dengan kata lain apa saja yang ada kaitan dengan kerajaan Pusat yang diperintah oleh parti pemenang majoriti PRU 13 iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) semuanya dianggap berbau Melayu-Islam...sesuatu yang amat dan begitu pantang disebut-sebut di hadapan regim DAP.


Rakyat nak bertanya apakah kewajaran regim DAP menubuhkan PPS sedangkan dalam masa yang sama mereka menolak RELA dan SRS?

Adakah regim DAP takut segala agendanya diketahui oleh kerajaan Pusat?

Kepada pihak keselamatan PDRM tahniah kerana tindakan tuan-tuan berjaya merendam api sebelum marak. 


Perlu diingat sekarang PPS tiada kemampuan bersenjata, namun apa akan terjadi jika mereka memiliki senjata?

Sudah pasti rakyat akan dianiaya dan dizalimi jika berani menentang regim mereka. 







Hangpa baca jugak yang bawah ni;

http://mymassa.blogspot.com/2014/08/regim-dap-kepanasan-mula-mempertahankan.html
http://mymassa.blogspot.com/2014/08/pdrmsegerakan-tindakan-tegas-terhadap.html
http://mymassa.blogspot.com/2014/08/ts-khalid-ketua-polis-terbaik-tenang.html
http://mymassa.blogspot.com/2014/09/regim-dap-tak-puas-hati-pada-pdrm-cuba.html


http://mymassa.blogspot.com/2014/09/tu-dia-nak-habaq-maimr-bean-pun-kalut.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...