Sedikit perkongsian dan pengetahuan
Apa Yang Nabi saw Buat Apabila Ada Orang Mengadu Harga Barang Mahal?
Hadis ini menunjukkan ketika zaman Rasulullah saw juga berlaku kenaikan harga barang-barang.
Anas bin Malik berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.
Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
1. Hadis ini menunjukkan harga “tinggi” atau “mahal” tidak menjadi kesalahan dalam Islam. Sekiranya wujud arahan mengehadkan harga dan untung dalam Islam sudah pasti Nabi Muhammad melakukannya sama seperti melarang umat Islam meminum arak, mengambil riba dan berzina.
2. Nabi saw juga tidak membuat kawalan harga dalam pasaran.
3. Nabi saw juga menyebut harga & keuntungan bisnes merupakan sesuatu yang berada dalam kekuasaan Allah dan adat dalam bisnes ada masa rugi dan ada masa untung.
4. Prinsip ini terpakai dalam semua jenis bisnes, sama ada dalam operasi perbankan Islam, menjual barangan asasi mahupun sebiji karipap
Jgn risau2...rezki Allah dah sukat cukup2 keperluan kita sampai Malaikat Maut dtg menjemput.
P/S terpulang kepada anda untuk mengambilkira. Ketika Zaman rasulullah pun harga barang naik.
http://theunspinners.blogspot.com/2014/10/marah-gomen-pun-harap-ambilkira-kata2.html
No comments:
Post a Comment