Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 27 October 2014

Berikut Isu Mengenai Pelatih PLKN



Berikut isu mengenai terdapat pelatih PLKN yang tidak dapat bertutur bahasa Melayu, antara yang mempertahankan mereka ialah dengan membangkitkan loghat bahasa Melayu yang dituturkan oleh kebanyakan orang Melayu. 

Anda kena faham di mana tidak mampu menurutkan baasa Melayu dan kepelbagaian loghat dan dialek dalam masyarakat Melayu itu adalah dua perkara berbeza. 

Loghat dan dialek memang wujud bukan sahaja dalam bahasa Melayu sahaja, namun dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai contoh, bahasa Inggeris mempunyai dialek dan loghatnya sendiri yang pelbagai, dan begitu juga dengan bahasa Melayu. 

Seperti mana dalam Bahasa Melayu, sebutan seperti "bile", "saye" "die" adalah daripada loghat bahasa Melayu yang datang empayar Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan kepada bahasa Melayu asas yang dituturkan di Malaysia. Kebanyakan perkataan yang dimulakan dengan huruf "a" akan dihabiskan dengan sebutan "e". 

Namun perkataan-perkataan yang memang asal daripada Bhasa Indonesia memang akan dikekalkan sebutannya kepada bunyi "a". Sebagai contoh Anda dan Merdeka. 

Perkataan "ur" di hujung ayat biasanya akan disebut dengan sebutan "o". Sebagai contoh ialah perkataan tidur. Manakala perkataan seperti "ar" akan turut dihabiskan dengan bunyi "e" seperti kerja, pergi, berjalan. 

Di atas ialah sekadar peraturan-peraturan yang wujud dalam pertuturan Bahasa Melayu standard Johor-Riau. Namun, bahasa Melayu mempunyai banyak loghat dan dialek mereka tersendiri. Sebagai contoh, loghat dan dialek bahasa Melayu Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Pahang... semuanya mempunyai intonasi tersendiri. 

Justeru, nasihat saya kepada semua, jangan trerus membuat kesimpulan sendiri laksana anda seorang pakar linguistik semata-mata untuk mempertahankan benang yang basah. Tiada ap ayang salah pada pertuturan orang Melayu kerana itulah loghat dan dialek yang menjadi standard di Malaysia. 

https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/299339413593424/?type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...