Ebola Penyakit di Akhir Zaman
Di akhir zaman, kemunculan penyakit-penyakit baru yang aneh dan jarang berlaku. Bahkan dari beberapa penyakit tersebut ada yang masih belum ditemui ubatnya. Salah satunya adalah penyakit yang sangat berbahaya dari Afrika iaitu Ebola.
Ebola. Satu nama virus yang pernah merebak di Afrika suatu ketika dahulu dengan sangat paniknya. Tahap kedahsyatan merebaknya virus Ebola ini pernah diabadikan dalam sebuah filem bertajuk 'Outbreak' yang dihasilkan pada tahun 1995, lakonan Dustin Hoffman dan juga pelakon popular, Morgan Freeman.
Apa itu Ebola?
Ebola boleh disebut EVD adalah virus Ebolavirus (EBOV), genus virus dan penyakit demam hemorrhagic Ebola (EHF). Virus demam hemorrhagic (VHF),dengan kata lain virus ini disebut penyakit demam berdarah virus yang merupakan salah satu penyakit akibat virus yang paling berbahaya bagi manusia. Badan Kesihatan Dunia (WHO) menyebut, virus ini menyebabkan angka kematian sebanyak 90 peratus. Virus ini menular dari desa-desa terpencil di Afrika Tengah dan Barat. Virus ebola akan menyerang sel hati dan sel sistem reticuloendothelial serta lapisan kapilari darah sehingga menyebabkan kebocoran cecair dan protein plasma.
Dalam kajian telah dikenal pasti empat terdapat jenis virus ebola, iaitu:
1. Ebola Zaire: virus ini dijumpai di Zaire tahun 1976 iaitu tempat pertama kali jangkitan virus ebola. Virus ini boleh menyerang manusia.
2, Ebola Sudan: virus ini pertama kali ditemui di bahagian barat Sudan pada akhir tahun 1976 dan menyerang semula pada tahun 1979. Virus ini boleh menyerang manusia.
3. Ebola Reston: virus ini merupakan variasi dari virus Ebola yang ditemui pada beruk Afrika yang datang dari Amerika. Virus ini hanya boleh menyerang spesis beruk seperti monyet, kera, dan cimpanzi.
4. Ebola Ivory Coast: virus ini ditemui pada tahun 1995 di kawasan pantai Ivory Afrika Barat di hutan Tai. Virus ini boleh menyerang manusia.
Penyebaran Virus Ebola
Manusia sebenarnya bukan tempat asal pembiakan virus ebola. Pusat Kawalan dan Prevention (CDC) berkata sumber penularan adalah dari haiwan. Namun setelah manusia dijangkiti, penyakit ini boleh berjangkit antara manusiag melalui darah, liur, lendir, dan pelbagai cecair yang dikeluarkan oleh badan lain. Di negara-negara diserang ebola, penyakit sering merebak di antara staf perubatan yang merawat pesakit tanpa pakaian pelindung atau topeng.
Pada Februari 2014, variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health Organisation) melaporkan sehingga 23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola telah disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah seramai 672.
لِكُلِّدَاءٍدَوَاءٌ،فَإِذَاأَصَابَالدَّوَاءُالدَّاءَ،بَرَأَبِإِذْنِاللهِعَزَّوَجَلَّ
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah obat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. "(HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment