Di ceruk negara dunia manapun, bila harga bahan api naik, kebiasaanya bahan-bahan mentah lain juga turut naik.
Ia adalah perkara biasa dalam mana-mana sistem perekonomian dunia.
Harga barang tak mungkin akan naik dan pengguna akan masih menikmati harga yang rendah sekiranya sesebuah kerajaan menyekat kenaikan harga tersebut dengan menyuntik subsidi wang.
Dengan kata yang lain harga sesebuah produk itu dibeli sebahagian harganya oleh wang subsidi itu oleh dana kerajaan, manakala selebihnya ditentukan oleh mekanisme pasaran.
Katakan harga satu produk RM1.00, dana subsidi diberikan 50% maka harga akan turun menjadi RM0.50 sahaja. Kerajaan telah menampung subsidi RM0.50.
Namun harga tersebut akan berubah menjadi lebih tinggi apabila melalui rantaian atau proses penjualan dari satu peringkat ke satu peringkat. Ini dinamakan spekulasi dan manipulasi harga.
Ia dilakukan oleh para peniaga untuk mengaut keuntungan bagi menampung kos operasi mereka.
Namun ada juga segelintir peniaga sengaja meletakkan harga yang tinggi untuk tujuan-tujuan negatif yang lain seperti mensabotaj ekonomi.
Harga juga boleh berubah menjadi lebih tinggi dari sepatutnya apabila para peniaga sengaja sembunyikan produk untuk demand harga yang lebih tinggi.
Mereka boleh gunakan produk yang sepatutnya untuk kegunaan rakyat negara ini dengan menyeludup keluar ke negara asing yang menawarkan harga yang lebih tinggi.
Namun harga sesuatu produk tidak boleh berubah jika kerajaan tegas menetapkan harga kawalan atau harga siling yang menyekat kenaikkan harga melebihi apa yang ditetapkan.
Itulah mekanisme pasaran bebas.
Selama ini harga minyak kekal pun ada peniaga sengaja menaikkan harga barang. Apatah lagi bila harga bahan api naik mereka turut akan menaikkan harga barang.
Jangan harap mereka akan turunkan harga barang jika harga minyak turun walaupun kerajaan berikan banyak insentif atau kempen turun harga barang.
Kalau mereka turunkan harga, itupun kadangkala setelah diberikan beberapa insentif oleh kerajaan seperti pengecualian cukai, suntikan modal perniagaan atau kerana tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Tak apalah asalkan harga rendah dan rakyat suka.
Ok mari kita lihat bagaimana mekanisme harga ditentukan oleh tangan-tangan peniaga di semua peringkat dan proses pengeluaran.
Harga ikan contohnya. Proses penjualan bermula sejak di atas kapal nelayan sendiri sebelum berlabuh di jeti. Tu belum masuk lagi kes ada segelintir nelayan yang jual di tengah-tengah laut.
Setiap proses aktiviti macam foto di atas harga akan akan mark-up (ditambah-tambah). Akhirnya dari RM 4.00 sekilo jenis spesis ikan kembung, sardin, pelaling dan seumpamanya akan menjadi mahal apabila tiba di kedai runcit dan restoran.
Namun rakyat kata ia salah kerajaan juga kerana naikkan harga ikan, walhal peniaga yang menetapkan harga di setiap peringkat penjualan.
Kalau sesapa yang nak murah, maka bolehlah pergi sendiri beli ikan di jeti atau bela, pancing, jala dan pukat ikan sendiri.
Harga ayam pun macam tu juga. Kalau nak murah elok kita jadikan belakang rumah kita sebagai ladang ternak atau bina reban sendiri.
Kita tak boleh halang rakyat dari makan ayam jika harga ayam mahal.
Sayur pun macam tu juga. Apa kata kalau nak harga murah kita jadikan laman rumah, balkoni atau belakang rumah kita sebagai kebun sayur.
Cara penanaman hidroponik juga mudah diusahakan. Cara paling senang tanam pokok tougeh, 2 ke 3 hari dapat hasilnya...
Harga daging lembu juga ditentukan oleh mekanisme harga bebas dan jenis daging yang kita kehendaki. Harga perut berbeza dengan harga tulang.
Harga daging batang pinang tak sama dengan harga daging cincang.
Harga daging import tak sama dengan harga daging tempatan. Harga rendang daging tak sama dengan harga daging stek.
So apa kata kita buat sistem pawah lembu beli dan bela lembu dari kecil dah cukup dua tiga tahun boleh sembelih dan buat stok setahun dalam freezer.
Akhir sekali, kalau harga minyak mahal apa kata kita pakat-pakat naik bot pergi ke tengah-tengah laut dan cari gali minyak sendiri. Mungkin kita akan dapat banyak minyak di dasar lautan itu.
Tak pun apa kata kita lebih kreatif gunakan minyak masak terpakai ke, air hujan ke atau solar ke untuk dijadikan bahan bakar kenderaan kita. Energy Efficient Vehicle (EEV) tu...
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/10/dialog-dewasa-kritik-berasa_2.html
No comments:
Post a Comment