Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 26 October 2014

KENAPA LEMBAH BUJANG ITU WARISAN TAMADUN MELAYU?

1. Lembah Bujang ialah sebuah kawasan, dan penempatan yang melahirkan sebuah kerajaan Melayu purba yang bernama Kedah Tua. Kalau Lembah Bujang itu milik bangsa Tamil, kenapa Sultan Kedah pada hari ini bukannya seorang yang berbangsa Tamil, tetapi seorang keturunan raja berbangsa MELAYU? Mengapakah keturunan Sultan Kedah dari dahulu sehingga sekarang mengamalkan adat istiadat Melayu,bukannya Tamil?
Bukankah Kesultanan Kedah Darul Aman pada hari ini ialah warisan kepada kerajaan Kedah Tua pada masa lampau?
2. Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah naskah yang menceritakan mengenai asal-usul Kedah Tua yang lokasinya terletak di Lembah Bujang bukannya di dalam bahasa Tamil tetapi di dalam bahasa MELAYU. Di dalamnya jelas dicatatkan asal-usul Kerajaan Kedah Tua.
3. Hanya kerana ditemukan candi-candi dan tapak yang berunsurkan Hindu-Buddha di Lembah Bujang tidak menjamin bukti bahawa ianya milik orang TAMIL.
Lagipun rekod arkeologi terbaru yang ditemukan mengatakan bahawa tapak pemujaan asal iaitu candi yang dibina adalah berdasarkan kepercayaan Animisma/penyembah alam kerana tapak purba ini dibangunkan menghadap ke Gunung Jerai. Kemudian, akibat pengaruh daripada pedagang-pedagang daripada India dan China,maka candi dan tapak pemujaan itu terus diabadikan untuk aktiviti dan ritual agama Hindu-Buddha.
4. Kalaulah Tamadun Lembah Bujang yang berusia 500 SM ini milik Bangsa Tamil di Malaysia, kita harus melihat dan mengkaji usia kerajaan-kerajaan milik bangsa Tamil di Selatan India untuk melihat sama ada pada 500 SM itu, terdapat mana-mana keraajaan di Selatan India yang cukup berkuasa untuk menubuhkan sebuah kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu.
Saya meneliti setiap kerajaan-kerajaan yang didirikan oleh bangsa Tamil dan mendapati bahawa rekod terawal mengenai tamadun yang didirikan oleh mereka sekadar 300 tahun sebelum Masihi yang dikenali sebagai Fasa Sanggam. Fasa Sanggam ialah daripada 200 SM sehingga ke 200 Masihi.
(Rujukan: Kamil Veith Zvelebil, Companion Studies to the History of Tamil Literature, pp12).
Fasa Sanggam ini adalah di mana fasa-fasa kerajaan pra-Tamil-Dravidian dibicarakan dalam setiap karya-karya sastera. Namun, para sejarawan tidak menerima Fasa Sanggam sebagai sebuah fasa sejarah, sekadar sebuah lagenda kerana tiada rekod arkeologi yang dicatatnya. Fasa Sanggam ialah zaman Tiga Kerajaan di Selatan India, di mana mengisahkan tiga kerajaan purba yang wujud di selatan India.
5. Selepas fasa Sanggam, Selatan India memasuki sebuah era yang dikenali sebagai era Interregnum yang memang wujud dalam pelbagai kerajaan dalam pelbagai era. Interregnum bermaksud era peralihan kuasa antara raja dan raja yang lain.
Interregnum juga boleh jadi di mana fasa di mana sebuah kerajaan itu tidak beraja, apabila gabenor-gabenor, atau warlord-warlod saling berperang ketika seorang raja sebuah kerajaan digulingkan atau mati.
Interregnum juga boleh berlaku dengan aman seperti mana dalam kerajaan Rom yang akan diulas oleh saya nanti dalam sebuah artikel khas untuk Empayar Rom. Fasa Interregnum ini sangat lama, daripada tahun 200 Masihi sehinggalah 800 Masihi.
6. Fasa Interregnum di Selatan India berlaku apabila sebuah kerajaan purba Tamil yang bernama Kalabhra mengambil alih tampuk pemerinatahan Tamil tanpa meninggalkan apa-apa rekod mengenai raja-raja mereka, membuatkan era ini tiada langsung diketahui dengan jelas mengenai siapakah pemerintah Selatan India sebenarnya. Zaman ini dikenali sebagai zaman gelap BANGSA TAMIL.
Sehinggalah pada 848 Masihi, seorang pengasas era Medieval Chola, di mana seorang raja agung yang dikenali dunia sebagai Vijayalaya Chola mengasaskan sebuah empayar yang dikenali sebagai Chola, menundukkan dua kerajaan musuh mereka Pandya dan Chera. Ketika ini, barulah bangsa tamil bangkit dari zaman gelap mereka, ketika era Interregnum.
7. Pertanyaan saya, bagaimana ada yang boleh mendakwa bahawa Tamadun Lembah Bujang itu milik bangsa Tamil sedangkan di Selatan India ketika itu, belum wujud mana-mana Tamadun yang kukuh dan berkuasa? Bagaimana orang Tamil boleh mengasaskan sebuah kerajaan di bumi asing lebih awal daripada negara mereka?
Bagaimana orang Tamil boleh menubuhkan kerajaan di semenanjung Tanah Melayu sedangkan fasa yang dikatakan Fasa Sanggam itu dikatakan sekadar legenda? Bagaimana orang Tamil boleh menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu sedangkan dari 200 Masihi sehingga ke abad ke-9 barulah mereka dapat keluar dari zaman gelap mereka?
8. Ada yang mengatakan bahawa pengikut Rajendra Chola I yang membangunkan tapak Lembah Bujang. Sebuah lagi kesalahan fakta yang cuba dipaparkan di sini.  Tetapi ya, Keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012 – 1044 Masehi.
Baginda hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini.  Tapak purba di Lembah Bujang berusia 500 TAHUN SEBELUM MASIHI. Semasa beliau datang ke sini, peradaban di Lembah Bujang telah lama wujud. Bagaimana mahu dikatakan Lembah Bujang itu dibina oleh Rajendra Chola sedangkan bapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848 -891 Masehi pun belum dilahirkan lagi?
Dan kerajaan yang diserang oleh Rajendra Chola ketika itu ialah sebuah Empayar Melayu Srivijaya, di mana sudah ada kuasa pemerintah Melayu yang memerintah Lembah Bujang atau Kedah Tua ketika itu.
Para sejarawan berpendapat dan sebulat suara mengatakan bahawa kerajaan Chola hanya menjarah Kedah bukannya menjajah. Mereka sekadar mahu mengacau perdagangan pelabuhan-pelabuhan Srivijaya,iaitu sebuah lagi empayar Melayu yang hebat.Srivijaya pada masa itu berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Kepulauan Melayu,antara India dan China pada masa itu.Inilah sebab tujuan Chola menyerang Srivijaya dan Kedah Tua,untuk mencabar hegemoni perdagangan Srivijaya itu sendiri.
Namun serangan ini tidaklah berjaya kerana selepas 2 tahun serangan Cholas, dan Maharaja Sangrama Vijayottungga ditangkap oleh Cholas, kelihatan Srivijaya melalui Maharaja Sri Deva masih dapat menghantar utusan ke China sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan baginda sempat juga membina sebuah kuil bernama Tien Ching kepada Maharaja China.
Ingat, NAMA TIDAK MENUNJUKKAN BANGSA. Orang Melayu dahulu memang memakaikan nama yang berunsurkan kehinduan dan penuh daripada bahasa Sanskrit.
9. Agama Hindu-Buddha yang menjadi lambang kepada Lembah Bujang bukanlah bukti kukuh bahawa Lembah Bujang dan Kedah Tua ialah sebuah kerajaan milik bangsa Tamil.Di samping itu,nama yang dipanggil oleh pedagang Tamil dan India kepada Kedah Tua seperti Kataha,Kalagam dan Kadaram juga tidak boleh dijadikan hujah untuk menyokong bahawa Lembah Bujang ialah milik kaum Tamil.
Ini kerana pedagang-pedagang luar selain pedagang India juga mempunyai nama gelaran mereka sendiri untuk Kedah Tua.

  • Pedagang Arab : Qilah, Kalah, Kalahbar, Qalha, Qilai
  • Pedagang Cina : Cheh-Cha, Chieh-cheh, Kie Taa, Kiteh, Kieteha
  • Orang Khmer : Keto
  • Orang Siam : Sai, Saiburi
10. Jadi, kalau ikut logik mereka yang mendakwa Kedah dan Lembah Bujang ialah milik Tamil hanya kerana nama Kadaram yang diberikan oleh orang Tamil, maka boleh disimpulkan yang Kedah ini adalah kerajaan orang Arab kerana perkataan Kedah berasal dari perkataan Kalah, Kalahbar dan Qalha.
Kedah adalah kerajaan orang Cina kerana perkataan Kedah berasal dari perkataan Kie Taa, Kiteh dan Kieteha. Boleh jadi Kedah mungkin kerajaan orang Khmer kerana Kedah berasal dari perkataan Khmer iatu Keto. Begitu?
11. Walaupun banyak gelaran yang pernah diberikan oleh pelbagai jenis bangsa lain kepada negeri Kedah,tetapi itu bukan bermakna Kedah itu kerajaan milik mereka. Sejak dari dahulu kala lagi, Kedah terkenal sebagai sebuah kerajaan Melayu purba sejak zaman berzaman sehinggalah sekarang.
Saya harap hujah yang saya paparkan ini mampu membuka mata kita semua, mengenai sejarah yang sebenar, bukannya sekadar pseudo-history yang sedang galak disebarkan di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...