Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 5 October 2014

Penghancuran Kaabah

Arkib : 06 Oktober 2014. Penghancuran Kaabah Oleh Dzussuwaiqatain di Akhir Zaman


Mungkin, itulah zaman ketika Kaabah dihancurkan oleh Dzussuwaiqatain. Dalam hadis, Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibn Umar bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Kaabah, pengikutnya akan merampasnya dan menurunkan kain kiswahnya. Seakan-akan aku melihatnya botak dan ditinggalkan. "

Dalam Sahih al-Bukhari dan Musnad Ahmad diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Seakan-akan aku melihat Kaabah sedang diturunkan batu demi batu." 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Kaabah." 

Dia disebut Dzussuwaiqatain kerana kedua betisnya kecil dan begitulah betis orang-orang Sudan pada umumnya. 

Mungkin timbul pertanyaan, bagaimana mungkin Kaabah dihancurkan padahal Allah telah menjadikannya terpelihara dan terjaga? Jawapannya: Dia terjaga sampai menjelang hari kiamat dan kehancuran dunia. Begitu yang dikatakan oleh an-Nawawi. 

Hal itu adalah benar jika kehancuran itu memang berlaku di zaman itu. Kalau tidak, maka itu merupakan hukum syariat yang Allah wajibkan kepada semua hamba-Nya untuk menjaganya. Jika ada orang yang memberontak dan merosakkan kehormatan Kaabah, Allah mungkin akan mencegahnya, sebagaimana yang berlaku ke atas pasukan bergajah Abrahah, tetapi mungkin juga tidak. Hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya, sebagaimana yang terjadi pada golongan Qaramithah yang menyerbu dan melontar Kaabah dan sebagaimana yang akan terjadi pada si penjahat Dzussuwaiqatain ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...