Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 October 2014

Pesawat Rahsia Terbang Selama 2 Tahun Mendarat



CALIFORNIA: Sebuah pesawat rahsia Amerika Syarikat (AS) yang telah mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu mendarat di kem tentera Vandenberg pada Jumaat.

Pesawat yang dikenali sebagai X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di kem tentara udara AS selepas didakwa melakukan tugas rahsia dari udara.

Berikutan itu, misi rahsia selama 674 hari pesawat berkenaan kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak sama ada di AS atau dari luar.




Sesetengah pakar menyifatkan pesawat yang membawa keperluan intipan telah selesai melakukan tugasnya seperti di dalam filem James Bond.

Wujud juga teori bahawa pesawat tanpa pemandu berkenaan telah selesai melakukan intipan terhadap pesawat negara lain yang berada di udara termasuk mengintip makmal satelit China.Terdapat yang mendakwa, pesawat itu hanya menjalani eksperimen terhadap orbit.

X-37B merupakan pesawat intipan kedua yang dibina sejak 1999 untuk melakukan misi rahsia dari udara.

Pesawat itu mempunyai ketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang. Ia bergerak menggunakan kuasa solar ketika berada di udara.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/10/pesawat-rahsia-terbang-selama-2-tahun.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...