Rasulullah s.a.w. telah bersabda sesungguhnya
"Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar",
dan kita sepatutnya sedar akan hal ini.
Baginda berpesan 'diakhir zaman nanti kamu akan lihat satu golongan
yang miskin, orang yang duduk dipadang pasir yang miskin. Mereka
pegembala kambing dan binatang. Kemudian mereka akan mula membina
bangunan tinggi.
Inilah tanda-tandanya dihadapan mata kamu.
Kita sedang lihat tanda yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda kamu akan lihat bagunan di Mekah
dibina mencapai gunung yang tinggi. Perkara ini telah pun berlaku semasa hayat kita.
Bila saya sampai disana dulu, tiada satu pun bagunan yang dibina tinggi menghampiri kemuncak gunung.
Hari ini ianya penuh dengan bangunan mencakar gunung.
Saya berada di kemuncak gunung tertinggi di Mekah
dan kamu akan lihat menara jam sudah melepasi kemuncak gunung.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang
yang menembusinya.." inilah(terowong) yang dimaksudkannya.
Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung
atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung.
Kemudian Baginda bersabda bahawasanya Al-Sa'ah telah membentang
bayangnya. Imam As Suyuti telah berkata mengenai perkara ini bahawa
masanya sudah sangat hampir.
Bila kamu ambil maksud tersebut secara langsung,
dalam disiplin hadis dan usul yang tradisional
bila Rasulullah s.a.w. bersabda kamu harus mengambilnya secara langsung
melainkan ada alasan untuk mentafsirnya secara simbolik.
Sekarang bayang-bayang menara jam telah menutupi Ka'abah.
Di Arab Saudi mereka memanggil menara jam sebagai Al-Sa'ah.
Kamu boleh ambil maksud hadis secara langsung,
bayang-bayang jam(Al-Sa'ah) itu sudah pun menutupi Ka'abah.
Secara langsung atau simbolik sesungguhnya zaman itu sudah sangat hampir.
https://www.facebook.com/photo.php?v=10200389305317352
No comments:
Post a Comment