1. Memandangkan perdebatan berkenaan penututupan sekolah vernakular sudah ke arah yang tidak sihat, mari kita anjak sedikit paradigma polemik tersebut: daripada kita menutup sekolah vernakular, kita patut berusaha MEN-KEBANGSAAN-KAN sekolah vernakular (nationalizing vernacular schools) berasaskan acuan dan asas-asas kenegaraan yang telah dipersetujui dan jadi dasar negara seperti Dasar KebudayaanKebangsaan. Ini adalah satu gerak kerja yang lebih praktikal dan bersifat "stop-gap" sebelum penutupan secara menyeluruh berlaku.
2. Bawa masuk nisbah guru Melayu/Cina/India yang munasabah ke dalam sekolah-sekolah vernakular di mana 50% masa pengajaran mereka hendaklah menggunakan Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan.
3. Ajar sejarah Malaysia dengan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada sudut idea, budaya dan agama dalam ruang lingkup Peradaban Melayu yang jauh lebih awal dan melatari sejarah penubuhan negara-bangsa moden Malaysia dan kurangkan lambakkan fakta sejarah politik yang sempit. Tampilkan contoh-contoh yang baik berkenaan keturunan Cina dan India Peranakan yang telah berjaya menyantuni bahasa dan budaya tempatan sehingga lahir satu generasi kaum yang baru dan mesra dengan nilai tempatan iaitu nilai Alam Melayu.
4. Bawa kembali cadangan Tun Dr. Mahathir berkenaan Sekolah Wawasan dan ianya perlu dilaksanakan secara berfasa khususnya di peringkat sekolah rendah di mana para guru dan pelajar di beri ruang untuk berinteraksi secara harmoni dalam masa-masa tertentu seperti contoh masa rehat, masa kegiatan kokurikulum dan perhimpunan rasmi/mingguan sekolah.
5. Kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan teknikal seperti pedagogi pengajaran dan pembelajaran sekolah vernakular yang sering dijadikan hujah oleh pendokong sekolah ini sebagai lebih hebat dan baik berbanding sekolah kebangsaan. Pertukaran dan perkongsian ilmu antara guru-guru sekolah vernakular dan kebangsaan berhubung hal-hal teknikal pengajaran wajar disuburkan agar jarak dan kualiti yang ditanggapi oleh pendokong sekolah vernakular terhadap sekolah kebangsaan dapat terus dikurangkan dan akhirnya menjurus kepada persaingan sihat yang mana sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan terbaik untuk semua bangsa di Malaysia.
6. Kalau mana masih ada suara sumbang yang mempersoalkan cadangan ini dengan alasan yang tiada munasabah dan bertentangan dengan dasar dan semangat kenegaraan yang telah lama dipersetujui, maka itu tandanya mereka adalah perkauman dan bersifat "communal", bukannya kita, yang inginkan Perpaduan kebangsaan yang tulen.
7. Sesiapa yang menyokong inisiatif ini atau yang sama maksud dengannya hendaklah diangkat sebagai Agen/Ikon Perpaduan Kebangsan dan mereka yang menentang visi ini secara terang-terangan hendaklah dilabel sebagai golongan Anti-Perpaduan dan Cauvinis.
Diterjemah dari tulisan asal oleh Wan Ahmad Fayhsal,
Felo di Sekolah Perniagaan Putra Malaysia.
https://www.facebook.com/568824709898951/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/653291404785614/?type=1
No comments:
Post a Comment