Yayasan Wakaf dan Warisan Sejarah Al-Aqsa mendedahkan kerajaan Israel yang dipimpin oleh Pihak Berkuasa Arkeologi mereka telah menggali dua terowong baru di bawah Masjid Al-Aqsa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad (1/9/2013), Yayasan ini menjelaskan salah sebuah dari dua terowong yang dibina dari Ein Silwan ke penempatan di bandar Dawoud melalui Masjid Al-Aqsa dan terowong kedua bermula dari Masjid Al-Aqsa menuju utara.
Yayasan ini telah mendokumentasikan aktiviti penggalian terowong di bawah masjid. Pernyataan amaran itu dikeluarkan kerana kemungkinan ada penggalian terowong-terowong lain di bawah bangunan masjid Al-Aqsa.
Yayasan yang bergerak melindungi Al-Aqsa memberitahu bahawa pemerintah Israel bertujuan menghubungkan terowong utama dengan rangkaian terowong di kawasan Silwan, kawasan Buraq dan bandar lama.
Penggalian baru ini merupakan ancaman jelas terhadap Masjid Al-Aqsa.
Tujuan utama Israel menggali terowong di bawah bangunan masjid adalah untuk merobohkan masjid Al-Aqsa. Supaya Israel dengan mudahnya akan menggantikan Al-Aqsa dengan kuil atau rumah ibadat, tempat beribadah mereka.
http://detikislam.blogspot.com/2013/09/dua-terowong-bawah-masjid-al-aqsa.html#
No comments:
Post a Comment