Hadis yang diriwayatkan Muslim dalam Sahihnya dari Abu Hurairah. Di bahagian akhirnya disebutkan kehancuran Dajjal di tangan Isa ibn Maryam, "Apabila mereka (pasukan Islam) bersiap sedia berperang, saat mereka merapatkan saf untuk mendirikan solat, Isa ibn Maryam turun dan mengimami mereka. Ketika musuh Allah melihat Isa, dia pun meleleh seperti cairnya garam dalam air. Seandainya Isa membiarkannya, dia akan cair sampai binasa. Namun Allah membunuhnya kemudian di tangan Isa, agar Isa memperlihatkan kepada mereka darah musuh itu dalam peperangannya. "
Dalam Hadis Ibn Majah, Sahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah dengan sanad sahih bahawa Nabi SAW bersabda, "Dan imam mereka (imam kaum muslim yang mempersiapkan diri untuk memerangi Dajjal) adalah seorang lelaki soleh. Ketika imam mereka telah maju untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba Isa ibn Maryam turun. Segera imam itu mundur untuk mempersilakan Isa. Isa meletakkan tangannya di bahu lelaki itu, kemudian berkata kepadanya, 'Teruskanlah dan solat, kerana ikamat solat dikumandangan untukmu.' Lalu imam tersebut mengimami mereka. Ketika dia berangkat, Isa berkata, 'Bukalah pintu!' Mereka lalu membukakan pintu, dan disebaliknya ada Dajjal bersama 70000 Yahudi yang lengkap bersenjata. Ketika Dajjal melihat Isa, dia cair seperti cairnya garam dalam air, dan Dajjal lari ketakutan. Isa berjaya mencari Dajjal di pintu gerbang kota Ludd dan berjaya membunuhnya. Allah menghancurkan Yahudi. Tidak ada makhluk ciptaan Allah baik batu, pohon, dinding dan haiwan yang menjadi tempat persembunyian orang Yahudi yang tidak bicara, 'Hai muslim hamba Allah, ini ada orang Yahudi. Kemari dan bunuh dia! 'Kecuali pohon Gharqadah, kerana ia pohon kaum Yahudi. "
Dari Abu Hurairah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum muslim berperang dengan Yahudi berjaya membunuh mereka. Sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon itu berbicara, 'Hai muslim hamba Allah, ini orang Yahudi ada dibelakangku. Kemari dan bunuhlah dia 'kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pohon kaum Yahudi. "
*Diterjemahkan Oleh Detik Islam dari sumber dari islampos.com [Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi]
http://detikislam.blogspot.com/2014/09/kehancuran-dajjal-fitnah-dan.html#
No comments:
Post a Comment