Di dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Dalam beberapa surah bahkan bentuk cerita lebih dominan dibanding yang lainnya, sebut saja surah Yusuf, Al-Qoshos, Hud dan lain-lain. Bila kita lebih meneliti dan mengkaji lebih dalam ternyata cerita dan sejarah dalam Al-Quran banyak berputar pada sejarah dan kehidupan Nabi Musa as.
Kisah Nabi Musa as tidak hanya terdapat dalam satu surah namun bertebaran dan diulang-ulang di beberapa surah lain. Imam Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan fi ulum al-Quran menukil perkataan sebahagian ulama yang menyatakan bahawa kisah Nabi Musa dalam al-Quran terdapat dalam seratus dua puluh tempat.
Apa rahsia di sebalik ini semua? Mengapa cerita Nabi Musa lebih banyak dibanding cerita nabi-nabi atau rasul yang lain? Pengarang kitab Al-fann Al-Qoshoshi (Dr. Kholifullah) berhujah bahawa Yahudi dulu menguasai persekitaran Arab dari segi pemikiran agama, dengan kekuasaan inilah mereka banyak menceritakan sejarah Nabi Musa dan Firaun. Dari sini juga akhirnya keperibadian Nabi Musa lebih banyak disebutkan dalam Al-Quran dibanding dengan keperibadian Nabi Ayub atau nabi-nabi lain.
Namun pendapat ini ditolak oleh Dr. Muhammad al-Bahi. Dalam bukunya Sikologia al-Qishoh beliau menyatakan bahawa kehidupan agama bangsa Arab sebelum Islam berbeza-beza dan berkelompok. Sebahagian orang Yaman menyembah matahari, orang Mesir kuno menyembah bulan, sebahagian mereka atheis, sebahagiannya Yahudi dan selebihnya masih dalam ajaran yang lurus mengikuti datuk moyangnya terdahulu.
Dr. Abdurrahman Uwais (Dosen Tafsir Fakulti Ushuludin Universiti Al-Azhar Kaherah) akhirnya memberikan hujahnya yang menyatakan bahawa pengulangan kisah Nabi Musa yang lebih banyak dari yang lain dalam al-Quran kerana banyak persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad dalam keadaan dakwah mereka. Kaum Musa menjadi hina dan rendah kerana selalu menjadi budak Firaun hingga rosaklah peribadian mereka yang akhirnya berkesudahan dengan penolakan kebenaran yang datang pada mereka.
Hal yang terjadi pada Nabi Musa ini juga terjadi dan sama dengan apa yang dilakukan oleh para pembesar Quraisy terhadap Nabi Muhammad. Kedua nabi ini memang mendapat misi untuk membentuk umat yang besar serta dianugerahkan syariat agama dan dunia namun dakwah Nabi Muhammad lebih berbeza kerana Rasulullah mempunyai keistemewaan dengan menyeluruh dan keabadiannya hingga akhir kiamat.
Sisi kesamaan lain adalah mereka sama-sama berusaha keras untuk meruntuhkan kerusi diktator, kemusyrikan dan kezaliman. Bani Israil tunduk dibawah hukum penguasa yang zalim hingga mereka tidak mempunyai kekuasaan apapun dalam diri mereka, sedangkan bangsa Arab berada di bawah kekuasaan suku-suku dan fanatisme golongan hingga kaum lemah selalu tunduk dan patuh pada kaum yang lebih kuat.
Kita juga melihat bahawa mereka (Nabi Musa dan Nabi Muhammad) selalu dibayangi konspirasi para penguasa. Banyak cara untuk melenyapkan dan menyingkirkan mereka dari segi penyiksaan, penghinaan hingga pembunuhan. Ternyata persamaan ini tidak hanya terbatas pada kedua nabi besar ini namun juga menimpa kepada para pengikut mereka dimana mereka rela dan bersabar walaupun ditimpa berbagai ujian, cubaan dan seksaan.
Walau demikian namun semua ini tidak menjadikan mereka gentar bahkan membuat iman mereka semakin tebal dan kukuh. Hal ini sangat jelas dilihat pada saat para penyihir yang sudah bertaubat dan sedar akan kebenaran Nabi Musa hingga mereka rela menerima ancaman dan seksaan yang diperintahkan oleh Firaun. Senada dengan itu para sahabat Nabi Muhammad selalu setia berjuang, berkorban hingga titisan darah terakhir untuk selalu berada dalam panji Islam dan cahaya Rasul.
Allah selalu menaruh hikmah di sebalik seluruh perbuatan-Nya dan tidak akan pernah membuat suatu hal dengan sia-sia. Oleh kerana itu maka tulisan yang disarikan dari kitab Qishotu ash-Shuraa 'baina ad-Dai'iyah wa ath-Thogiyah Musa wa Fir'aun fi Dhaui ayat al-Quran al-Karim ini sebenarnya tidak bertujuan untuk menghuraikan cerita Nabi Musa secara terperinci namun ia hanya berusaha mengambil beberapa pelajaran, hikmah dan 'ibrah yang mudah-mudahan dapat bermanfaat untuk kita bersama.
Saat Kelahiran
Masa menjelang kelahiran nabi menaruh pelajaran yang sangat berharga bagi kita dimana kekuasaan dan usaha yang dilakukan manusia tidaklah bermakna apa-apa jika Allah berkehendak yang lain. Kita dapat mellihat dimana keangkuhan Firaun dan bala tenteranya membunuh bayi lelaki yang lahir dari Bani Israil, kerana firaun berspekulasi bahawa pada masa akan datang seorang keturunan dari bani Israil akan menghancurkan kekuasaannya. Namun selamatnya Nabi Musa bahkan hidup di istana Firaun membuktikan kelemahan manusia di hadapan Allah.
Ketika mencari bayi Nabi Musa isteri Firaun (Asiah) berhasrat untuk dijadikan anak angkat dengan harapan agar dia dapat menjadi peneduh hati dan penyejuk pandangan kedua-dua pasangan yang tidak dikurniakan keturunan ini. Namun apalah daya, ternyata ia berbalik menjadi "bumerang" kepada Firaun. Maka benar lah sebuah ungkapan Arab bahawa balasan itu sesuai apa yang ia lakukan (al-jaza min jinsi al-'amal).
Masa muda Nabi Musa
Pada masa ini Nabi Musa mendapati dua orang sedang bertengkar, beliau memilih untuk memukul orang asing demi menolong pemuda yang berasal dari kaumnya hingga membuat beliau hijrah ke Madyan. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran bahawa apa yang Allah kehendaki itu pasti lebih baik walau secara zahir dilihat kurang baik.
Salah satu hikmah dari hijrahnya Nabi Musa berupa sebuah pendidikan dan persiapan kepada para juru dakwah agar dapat hidup di dunia yang masih murni dan suci jauh dari suasana istana dan kemegahan serta konspirasi dan fitnah di dalamnya dan agar mereka tetap bergantung pada Allah di mana-mana mereka tinggal .
Dalam sesi ini ada beberapa kesamaan antara kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Diantarnya adalah mereka diasingkan dari asuhan dan kasih sayang orang tua namun apa yang terjadi pada Nabi Musa lebih menggambarkan peranan si ibu sedangkan kisah Nabi Yusuf lebih menekankan pada peranan ayah. Keduanya juga membesar di zaman kekufuran, kezaliman dan kerosakan berleluasa sehingga akhirnya Allah menjaga mereka dengan cara mengasingkannya agar tidak bercampur baur dengan keadaan ini.
Kedua nabi ini juga menggambarkan peranan para wanita. Bezanya wanita yang ada pada kisah Nabi Yusuf berbanding dengan yang ada pada kisah Nabi Musa. Wanita pada cerita Nabi Yusuf (isteri penguasa Mesir yang cuba menggoda Nabi Yusuf) lebih cenderung sebagai penguji dan cubaan (mihnah) ada pun wanita yang terdapat dalam kisah Nabi Musa (baik ibu, saudara perempuannya, isteri Firaun hingga isteri Nabi Musa) lebih cenderung membawa angin positif, anugerah dan rahmat dari Allah (mihnah).
Ketika di Madyan Nabi Musa bertemu dengan dua orang wanita yang sedang beratur untuk mengambil air. Setelah dibantu Nabi Musa salah seorang wanita tadi kembali dan memanggil Nabi Musa dan memberitau bahawa ayah mereka ingin bertemu dengannya dimana nantinya salah seorang di antara mereka akan dijadikan isteri Nabi Musa.
Kita banyak mendapat pelajaran dari kisah kedua wanita ini diantaranya wanita sebaiknya tidak keluar seorang diri walau hal itu sebenarnya dapat dilakukan, keluarnya kedua wanita tadi bukan sekadar untuk sesuka hati namun untuk memenuhi keperluan penting keluarga. Ketika wanita keluar rumah hendak lah selalu beradab dan sopan tidak berlenggang-lenggok dan mata yang menggoda. Keluarnya wanita harus disesuaikan dengan keperluan saja dan ketika dia sudah selesai melaksanakan keperluannya sepatutnya dia segera pulang.
Diangkat menjadi Nabi
Setelah berhijrah ke Madyan dan berjaya berkahwin dengan salah seorang puteri iaitu Siti Safurah anak kepada Nabi Syu'aib beliau pergi menuju ke Mesir. Di tengah-tengah perjalanan iaitu di bukit Tursina beliau diangkat menjadi nabi dengan diberikan beberapa mukjizat seperti tongkat "ajaib" dan tangan yang boleh bersinar. Dari sana juga beliau diberi gelaran kalimullah (orang yang dapat berdialog dengan Allah).
Namun ketika beliau diperintahkan untuk menyampaikan dakwah ternyata menyelinap sedikit rasa takut untuk memikul beban dan tugas ini. Hal ini berdasarkan oleh beberapa alasan diantaranya Firaun terkenal dengan kezaliman, kemungkaran dan pengakuannya sebagai tuhan. Selain itu Nabi Musa juga merasa melakukan kesalahan ketika membunuh seorang pemuda hingga memaksanya berhijrah ke Madyan. Perasaan raasa bersalah inilah yang menimbulkan rasa takut dalam diri beliau.
Namun Allah menjanjikan keselamatan dan mereda rasa takut kepada utusan-Nya ini dengan firman-Nya; "Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguuhnya engkau termasuk orang yang aman. "(QS. Al-Qashash [28]: 31). Dari sini para juru da'i dapat mengambil pelajaran bahawa selama ia merasa yakin dalam kebenaran maka janganlah merasa takut ketika ia harus menghadapi lawan yang zalim walau berdiri seorang diri kerana Allah selalu bersamanya.
Tenggelamnya Bani Israel
Allah juga menunda azab kepada para hamba-Nya yang ingkar namun bila sudah tiba waktunya tidak ada yang dapat menghindarinya. Dari sinilah kita diperintahkan untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak dapat diterima ketika roh mencapai tekak atau yang mati dalam keadaan kafir sebagaimana terdapat dalam surah an-Nisa ayat 18;"Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka (barulah) dia mengatakan, saya benar-benar bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima) dari orang-orang yang meninggal sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami sediakan azab yang pedih. "
Jasad Firaun sehingga kini masih ada di Muzium Kaherah berdekatan dengan Bulatan Tahrir. Hal ini sesuai dengan janji Allah, "Maka pada hari ini Kami selamatkan ragamu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu" (Yunus [10]: 92).
Hikmah
1. Dari sini kita dapat mengambil beberapa hikmah diantaranya bahwa siapa saja yang berbuat seperti yang dilakukan Firaun akan mendapat balasan yang sama dengannya khususnya bagi mereka yang berani mengaku menjadi tuhan. Jasadnya diabadikan hingga lautpun tak sudi menerima jasad makhluk kotor ini.
2. Hikmah lainnya adalah agar para pengikut Firaun ini tidak boleh membuat mitos-mitos dan keterangan palsu seperti Firaun sudah diangkat ke langit dan sudah berada di tempatnya dengan tenang. Mudah-mudah kisah ini semua dapat menjadi ibrah (yang mendatangkan iktibar) dan manfaat bagi kita semua.
Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com
http://detikislam.blogspot.com/2013/06/kisah-terbanyak-diceritakan-dalam-al.html
No comments:
Post a Comment