Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 10 November 2014

Malaikat Maut dengan Seorang Raja

Wahab bin Munabbih telah menceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”

Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang”

Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”

Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?”

Seterusnya lelaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”

Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka”

Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”

Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat.

http://detikislam.blogspot.com/2014/01/malaikat-maut-dengan-seorang-raja.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...