Para saintis meramalkan penurunan ini akan diikutu dengan penurunan kadar suhu panas di Britain dengan ukuran suhu satu hingga dua darjah Celsius. Seorang profesor fizik laut dari Universiti Cambridge juga menganggarkan kesan daripada perubahan ini sangat mengerikan untuk Britain dan Eropah dalam beberapa tahun akan datang. Mungkin Eropah akan membeku atau menjadi sangat sejuk.
Belum pernah berlaku perubahan pesat terhadap gelombang tesebut selama lima puluh tahun terakhir ini. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pergerakan arus glombang besar ini boleh dilihat pada video dokomentari yang betema tentang fenomena ini dan kesannya terhadap iklim Eropah, diterbitkan pada 02/12/2004 di laman Discovery atau boleh dicari Yotube. Tetapi sangat kecewa kerana jurucakap Profesor Harry Bryden tidak menyebutkan dalam rakaman itu kesan fenomena ini bagi tanah Arab.
"The Day After Tomorrow" , hanya Sekedar Fiksyen Sains?
Dalam memahami sebuah rencana atau `Hidden agenda` individu-individu yang memusuhi Islambermain di sebalik nama Hollywood. Kita perlu meletakkan diri kita pada kedudukan sebagai pengulas dengan kata lain kita menerima maklumat, mengendalikan, membandingkan dan membuat kesimpulan dari maklumat tersebut. Maka tujuan kita menghadirkan filem propaganda produk Amerika ini bersamaan dengan Ayat suci dan Sabda Rasulullah Saw tidak lain adalah untuk mempelajari tanda-tanda atau petunjuk-petunjuk dari `peristiwa` yang disenariokan oleh Sang Maha Kuasa melaui hukum sebab akibat.
Memang tidak dinafikan sebahagian besar filem produk Hollywood banyak disisipkan dengan mesej-mesej konspirasi bahkan ramalan dan sindiran sosial tentang suatu masyarakat juga kadang disajikan termasuk dalam filem ini " The Day After Tomorrow". Ia sebuah filem fiksyen ilmiah tetapi tidak bagi ahli geologi dan klimatologi yang mempelajari fakta-fakta sejarah.
Dalam filem dipaparkan kesimpulan ilmiah dari seorang Paleoclimatologist bahawa 10000 tahun yang lalu pemanasan global mengubah iklim bumi ke zaman ais dan hal itu boleh berlaku lagi 100 hingga 1000 tahun kemudian jika pencemaran atmosfera tidak boleh dihentikan. Dalam filem tersebut ais melebur di kutub telah mengalir air tawar ke dalam lautan dan mengurangkan tahap kegaraman yang menyebabkan suhu arus laut turun 13 darjah. Filem ini diakhiri dengan dua angkasawan melihat bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa, menunjukkan sebahagian besar belahan bumi utara tertutup ais termasuk seluruh Amerika Syarikat di utara negara bahagian selatan dan penurunan besar dalam pencemaran.
Point terpenting perlu kita garis dari filem ini iaitu tentang isu pemanasan global. Ais melebur di benua Atlantik Utara dan yang terakhir adalah ramalan kedatangan Zaman ais kedua. Disini kita tidak akan mempertikaikan palsu atau aktualnya teori ilmiah ini. Tetapi bagaimana kita menyikap kesan dari kenyataan fenomena perubahan ekstrim cuaca yang tengah dihadapi oleh umat manusia, di mana berlakunya penurunan drastik salji dan ais tropika di beberapa negara. Beberapa pulau terancam kerana peningkatan kadar air laut dan perluasan wilayah Laut sehingga telah menghilangkan beberapa pulau dan kerosakan banyak tanah pertanian dan perhutanan.
Dari semua keterangan ilmiah ahli klimatologi mengenai data-data ramalan cuaca dunia di internet sangat jarang ditemui berbanding mereka menerangkan keadaan cuaca di tanah Arab, seakan mereka diam dengan fenomena penurunan suhu panas di sana. Atau mungkinkah fakta cuaca di tanah Arab sengaja ditutup? Wallhu`Alam. Lebih pelik lagi para penyelidik Muslim dalam bidang klimatologi seakan acuh tak acuh untuk mengkaji lebih mendalam fenomena perubahan cuaca di sana dan mengaitkannya dengan ajaran Baginda Rasulullah Saw.
Dilihat dari semua pembahasan Benua Atlantik Utara, fenomena `Great ocean conveyor belt`, dan pemanasan Global. Maka apakah yang akan berlaku jika arus gelombang yang sangat besar ini terhenti?
Apakah akibat yang akan ditanggung oleh tanah Arab jika proses pemindahan kadar panas air Laut dalam jumlah sangat besar terhenti?
Analogi yang paling dekat untuk mengambarkan hal ini iaitu jika salah satu di antara kita duduk dalam ruang pejabat yang sejuk berhawa dingin, kemudian penghawa dingin ini berhenti. Apa yang akan berlaku selepas itu?
Maka arus gelombang yang membawah kadar panas Laut yang sangat besar, jika terhenti maka terhenti pula proses pemindahan suhu panas laut Utara, dan hal itu akan menjadikan suhu panas berlaku di samudera pada dua kawasan yang sangat penting bagi tanah Arab:
Kawasan pertama adalah Lautan Atlantik di kawasan yang berdekatan dengan pantai Afrika Barat.
Wilayah kedua adalah Lautan Hindi selatan Semenanjung Arab.
Dengan terhentinya arus gelombang ini, proses pemindahan kadar dingin air laut yang melalui pantai Amerika Selatan juga akan terhenti dan sehingga berlakunya kesesakan suhu. Hal yang sama terjadi Lautan Pasifik, tatapi hal ini tidak penting untuk dibincangkan disini.
Secara rasionalnya yang menjadi soalan penting sekarang, apa yang akan terjadi jika kesesakan suhu lautan berlangsung di semua Wilayah tersebut? jawapan logiknya, tentu saja akan terjadi peningkatkan pengewapan sehingga udara menjadi tepu dengan wap air dan proses pengewapan ini merupakan tahap pertama dari pembentukan hujan.
Maka kesimpulan klimatologinya ini adalah wilayah Atlantik Utara akan menjadi kawasan paling sejuk di permukaan Bumi dan tumpukan ais salji perlahan-lahan akan merebak ke Selatan menutupi bahagian utara Eropah, dan bahagian timur Kanada dan Amerika Syarikat.
Sementara wilayah tengah (merangkumi wilayah laut Maghribi dan Mauritania bahagian Barat dan selatan, hingga ke garis khatulistiwa dan juga di lautan Hindi selatan Semenanjung Arab) akan dilanda dengan penyejatan besar- besaran hingga udara tepu dengan wap air.
Gejala-gejala ramalan ilmiah ini sudah boleh kita saksikan dalam dekad terakhir ini, apakah filem fiksyen sains buatan Hollywood tadi merupakan sindiran sosial untuk masyarakat di kawasan yang dimaksudkan? jika benar fenomena alam ini menjadi ancaman bagi mereka, bagaimana tindakan para diplomat-diplomat negara untuk masa depan? Apakah turut ikut melantunkan slogan filem ini `Where will you be?`
Sebelum menghadirkan pelbagai spekulasi dan inisiatif para diplomat, ahli politik hingga kementrian pertahanan negara, ada baiknya sejenak menyegarkan hati dan fikiran kita dengan memikirkan Kebesaran Allah SWT melalui sabda Rasullah Saw, menghayati sisi kebenaran ajarannya melalui kesimpulan ilmiah para saintis dan fakta-fakta sejarah pada bahagian tulisan selanjutnya. Wallahu`Allam bissawab.
Ditulis oleh: Amri Hatta Lc, Mahasiswa Mustafiid di jurusan Ijazul `Ilmy fi Al- Quran Wa As-Sunnah (Scientific Miracles of Quran an & Sunnah), Al-Iman Universty Sanaa, Yaman.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www3.eramuslim.com
http://detikislam.blogspot.com/2014/04/the-second-ice-age-dan-petunjuk-zaman_29.html#
No comments:
Post a Comment