Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 4 January 2015

Penemuan bangkai pesawat Air Asia dan misteri Laut Jawa



Teka teki dan misteri yang menyelubungi pencarian kapal terbang Air Asia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa sejak tujuh hari lalu mula tersingkap.

Ini selepas dua bahagian besar yang dipercayai bangkai kapal terbang Air Asia ditemui oleh Pasukan mencari dan menyelamat, SAR Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan Ketua pasukan pencari itu Bambang Soelistyo Sabtu.

“Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian pesawat, saya yakin ia adalah milik pesawat AirAsia yang kita cari,” kata Bambang kepada wartawan di Jakarta.

Menurut  Bambang lagi, bahagian paling besar dianggarkan bersaiz sekitar 10 meter kali lima meter.

“Sedang saya bercakap ini, kami sedang membawa turun kenderaan dasar laut berkawalan jauh, ROV bagi mendapatkan gambaran sebenar objek terbabit yang dikesan di dasar laut. Kesemuanya pada kedalaman 30 meter,” kata Bambang.

Bagaimanapun katanya, arus kuat memberikan kesukaran buat kenderaan ROV itu beroperasi.

Cuaca buruk sejak kebelakangan ini menggangu usaha mencari mayat dan bahagian pesawat Airbus A320-200, yang hilang dari radar dan dipercayai terhempas di laut ketika cuaca ribut.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Dis).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).

Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Fokus pasukan penyelamat hari ini adalah untuk meneliti lokasi baru tumpahan minyak yang dipercayai dari pesawat malang itu.

Sehingga Jumaat, 30 mayat telah ditemui dari keseluruhan 162 penumpang dan kru pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut Soelistyo, dari jumlah itu, 14 mayat masih dalam proses pengecaman dan identifikasi di Surabaya, empat sudah dikenal pasti, empat di Pangkalan Bun, tujuh di KRI Bung Tomo Indonesia dan satu di kapal KD Pahang Malaysia.

Usaha untuk membawa lapan mayat yang masih berada di KRI Bung Tomo dan KD Pahang diteruskan pada Sabtu setelah tergendala pada Jumaat malam akibat cuaca buruk serta ombak tinggi.

Sebelum ini, sempat pasukan SAR Indonesia sempat 'terkecoh' selepas mengumumkan radar sonar mereka sudah menemui bangkai pesawai seawal hari ketiga pencarian.

Rupa-rupanya, lokasi pencarian QZ8501 merupakan ‘perkuburan’ pertempuran laut antara yang terbesar semasa Perang Dunia Kedua.

Bangkai-bangkai kapal sama ada yang karam dalam peperangan atau akibat bencana alam memberi petunjuk palsu berhubung pencarian pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang hilang pada Ahad lalu.

Seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia, SB Supriyadi berkata, pasukan mencari sebelum ini berjaya mengesan struktur logam tetapi pemeriksaan lanjut mendapati ia sebuah kapal yang tenggelam.

Laut Jawa merupakan tempat kekalahan tentera laut Bersekutu dalam pertempuran dengan tentera Jepun semasa negara berkenaan mara ke tanah jajahan Belanda di Hindia Timur.

Dalam pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari 1942 tentera Belanda, Britain dan Australia dikalahkan oleh Jepun dengan menyebabkan lima kapal pihak Bersekutu tenggelam yang meragut sebanyak 2,300 nyawa anak kapalnya.

Tentera Jepun pula cuma kehilangan sebuah kapal pemusnah bersama 36 anak kapal dalam pertempuran itu.

Pada Ogos 2014 lalu, ahli arkeologi dari Tentera Laut Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut berjaya mengenal pasti satu kapal jelajah USS Houston yang tenggelam dalam perang pada 1942.

Ketika perang di Selat Sunda pada 1 Mac 1942, USS Houston dan sebuah kapal jelajah milik Australia, HMAS Perth tenggelam di tengah pertempuran dengan Jepun.

Kehadiran banyak serpihan kapal perang boleh mengganggu pencarian bawah laut pesawat QZ8501 yang banyak bergantung kepada teknologi moden.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/01/penemuan-bangkai-pesawat-air-asia-dan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...